Dunia

Israel tangguh pilihan raya perbandaran demi perang Gaza

688 calon untuk 144 bandar berkhidmat dalam simpanan tentera

TEBING BARAT, 19 Jamadilakhir 1445H, Isnin – Kerajaan negara haram Israel mengundi pada Ahad untuk menangguhkan pilihan raya perbandaran kepada 27 Februari depan.

Undian itu pada asalnya dijadualkan pada 30 Januari ini.

Data ketenteraan menunjukkan 688 calon untuk 144 bandar dan pekan kini berkhidmat dalam simpanan tentera serta tidak boleh terlepas untuk pilihan raya.

“Kami biasanya tidak mengadakan pilihan raya dalam tempoh perang tetapi pilihan raya ini telah ditetapkan lebih awal.

“Cadangan saya supaya diadakan pada penghujung Februari untuk membolehkan seramai mungkin anggota simpanan menyertai pilihan raya.

“Ini adalah hak asasi dan penting,” kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ketika mesyuarat Kabinet.

Ini adalah kali kedua bagi pilihan raya tempatan itu ditangguhkan.

Pilihan raya itu pada asalnya dijadualkan penghujung Oktober tetapi ditangguhkan selama tiga bulan di tengah-tengah serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza.

Israel telah menyerang Gaza tanpa henti sejak 7 Oktober lalu dan membunuh sekurang-kurangnya 21,822 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita serta kanak-kanak.

Serangan rejim juga mencederakan 56,451 yang lain dan menyebabkan Gaza hancur, di mana 60 peratus infrastruktur rosak atau musnah serta hampir dua juta penduduk hilang tempat tinggal.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button