AfrikaBerita UtamaDuniaUtama

Tiga maut, dua serangan bunuh diri gegar ibu negara Tunisia

Presiden Beji Caid dikejar ke hospital, hadapi masalah kesihatan serius

TUNISIA, 24 Syawal 1440H, Jumaat – Dua serangan bunuh diri yang turut membunuh seorang anggota polis dan mencederakan beberapa yang lain, dilaporkan berlaku di kawasan padat dengan orang ramai di Tunis, semalam.

Sebaik kedua-dua serangan itu berlaku, Presiden Tunisia berusia 92 tahun, Beji Caid Essebsi dikejarkan ke hospital tentera selepas menghadapi beberapa krisis kesihatan.

Agensi berita Tunisia, TAP melaporkan wanita berusia dalam lingkungan 30-an meletupkan diri kira-kira jam 2 petang waktu tempatan di kawasan popular, Habib Bourguiba, menyasarkan anggota polis.

Serangan kedua berlaku di sebuah pangkalan pengawal kebangsaan di daerah Qarjani di ibu negara Tunisia. Empat anggota polis cedera dalam serangan itu.

Jurucakap Menteri Dalam Negeri Tunisia, Sofiene Zaag berkata, lapan anggota polis dan seorang awam cedera dalam serangan ‘letupan pengganas’.

ISIS, menerusi kenyataan disiarkan dalam rangkaian media yang rapat dengannya, agensi berita Amar, mendakwa bertanggungjawab terhadap kedua-dua serangan itu, tetapi tidak memberikan sebarang bukti.

Sementara itu, Presiden Beji Caid dilaporkan menghadapi masalah kesihatan yang serius dan dipindahkan ke hospital tentera, kata pejabat presiden dalam satu kenyataan di Facebook.

Beliau pernah menjadi menteri luar dan speaker Parlimen, menjadi terkenal sejak Zine El-Abidine Ben Ali dijatuhkan pada 2011 yang menyaksikan negara di Afrika Utara itu bersedia melaksanakan sistem demokrasi.

Sementara itu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hari ini, mengutuk serangan berkembar di Tunis, dan menyifatkannya sebagai perbuatan pengganas dan ekstremis. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close