Berita UtamaDuniaUncategorizedUtama

‘Palestin bukan untuk dijual’

Persidangan AS hanya 'lampu hijau' kepada penjajahan Israel: Hamas

GAZA, 23 Syawal 1440H, Khamis – Persidangan yang dianjurkan Amerika Syarikat (AS) di Manama, Bahrain kononnya menjamin perlindungan ekonomi, hanyalah cubaan politik untuk mencairkan perjuangan rakyat Palestin.

Demikian tegas Ketua Biro Politik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Ismail Haniyeh dalam Persidangan Kebangsaan Palestin yang menolak pelan damai AS di Gaza, Selasa lalu.

“Kita menyaksikan detik sejarah penting. Prinsip kita jelas, bahawa Palestin bukan untuk dijual apatah lagi berurusan dengan hagemoni membahayakan penduduk di tanah ini.

“Rakyat Palestin berdiri hari ini menolak persidangan Manama dalam revolusi politik, kerana merasakan ancaman strategik yang belum pernah terjadi sebelum ini oleh Palestin,” katanya.

Ismail menegaskan bahawa persidangan di Manama itu hanya memberikan ‘lampu hijau’ kepada Israel untuk mengembangkan usaha dan penjajahannya ke seluruh Tebing Barat, selain membuka jalan bagi normalisasi dengan negara-negara Arab di rantau ini.

“Persidangan AS itu hanya melahirkan rasa mati dan kecewa. Rakyat Palestin hari ini kekal bersatu dalam menghadapi perjanjian yang kononnya dipanggil ‘perjanjian abad ini’.

“Semua orang Arab hari ini menekankan betapa pentingnya Palestin dan Baitulmaqdis sebagai kompas negara,” katanya.

AS menganjurkan satu persidangan ekonomi di Manama pada 25 dan 26 Jun lalu sebagai langkah untuk meningkatkan sektor pelaburan di Palestin.

Persidangan itu kononnya menghimpunkan semua pemimpin perniagaan dan kerajaan bagi membincangkan bagaimana usaha boleh dilakukan untuk meningkatkan ekonomi di Tebing Barat dan Gaza.

Bagaimanapun, usaha Washington itu dibantah oleh rakyat Palestin dan Jordan kerana melihat ia sebagai percubaan menawarkan ganjaran kewangan kepada Palestin untuk menerima pendudukan Israel.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close