Berita UtamaUtama

LRT Bayan Lepas: Permainan licik kerajaan negeri kaut untung

UMMAH bantah, desak ikut pelan asal tak lalui kawasan depan masjid

BANGI, 23 Syawal 1440H, Khamis – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Pulau Pinang menggesa umat Islam di negeri itu bertegas dan bertindak matang berteras lunas undang-undang bagi menuntut hak mereka berhubung pembinaan transit aliran ringan (LRT) Bayan Lepas di kawasan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.

Gesaan itu berikutan umat Islam di Pulau Pinang sekali lagi menjadi mangsa kerakusan pihak pemerintah negeri yang bersekongkol dengan korporat besar untuk mengaut keuntungan dengan menggadai tanah dan budaya kehidupan umat Islam di negeri berkenaan.

Timbalan Pengerusi UMMAH Pulau Pinang, Dr Zaki Ibrahim menegaskan, peristiwa permainan licik pihak pemerintah membuli umat Islam di kawasan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar di George Town sepatutnya ditentang habis-habisan agar maruah dan nilai umat Islam terbela.

“Keangkuhan pihak kerajaan negeri dalam menjayakan projek mega Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang juga projek terbesar di Malaysia pasti akan mengubah landskap sosioekonomi umat Islam.

“Permainan mereka licik, bertopengkan kemajuan. Seolah-olah isu pengangkutan Pulau Pinang terlalu kompleks dan tidak ada kaedah lain untuk mengatasinya melainkan dengan projek mega ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan agar kerajaan negeri tidak memberi keuntungan kepada golongan korporat, sedangkan golongan bawahan melarat dan dibeli dengan nilai pampasan yang tidak setimpal.

“PTMP seolah-olah lesen besar dan boleh memaksa semua pihak mengikut arahan pelan mereka. Kes pembulian syarikat besar yang berorientasikan keuntungan mega telah mencabuli tanah wakaf umat Islam di Masjid Jamek Sungai Nibong Besar. Umat Islam telah dicatur daripada awal agar akur dengan kehendak syarikat pemaju,” katanya.

Sebelum ini, Kariah Masjid Jamek Sungai Nibong Besar mahu jajaran transit aliran ringan (LRT) Bayan Lepas dibina mengikut pelan asal dan bukan melalui kawasan hadapan masjid berkenaan dan tanah perkuburan berdekatan.

Cadangan projek LRT itu terkandung dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang meliputi jarak 30km dan 27 stesen dari Komtar ke pulau tebus guna yang akan dibina di selatan bahagian pulau negeri itu.

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, cadangan jajaran Bayan Lepas di kawasan masjid dan tanah wakaf perkuburan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, masih pada peringkat awal dan belum dimuktamadkan lagi.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close