Berita UtamaUtama

LRA Sungai Semenyih kembali beroperasi

Punca pencemaran bau daripada muka sauk loji sudah dikenal pasti

KUALA LUMPUR, 23 Syawal 1440H, Khamis – Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang dihenti operasi susulan insiden pencemaran bau di sumber air mentah sejak petang semalam, kembali beroperasi sepenuhnya pada 6 pagi tadi.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berkata, proses penyaluran air ke sistem agihan dan kolam-kolam perkhidmatan di kawasan terjejas sedang berlangsung bagi proses pemulihan berperingkat.

“Bantuan lori-lori tangki air terus digerakkan dan 12 Pusat Khidmat Setempat (PKS) diaktifkan bagi menyalurkan bantuan kepada pengguna yang terjejas hingga bekalan pulih sepenuhnya,” kata Syabas dalam satu kenyataan pagi ini.

Sejumlah 512 kawasan membabitkan 377,141 pelanggan berdaftar di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang terkesan dengan gangguan bekalan air dan tekanan rendah secara berperingkat susulan insiden itu.

LRA Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sejak 5 petang semalam susulan pencemaran bau di Sungai Semenyih dan punca pencemaran yang berada pada jarak 16km daripada muka sauk loji telah dikenalpasti.

Orang ramai boleh merujuk makluman rasmi dan status terkini melalui laman sesawang www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit Air Selangor. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close