Berita UtamaDuniaTimur TengahUtama

Rejim Mesir enggan beri rawatan kanser kepada pemimpin Ikhwan

Khairat El-Shater berdepan kanser usus ditahan di Penjara Al-Aqrab

KAHERAH, 22 Syawal 1440H, Rabu – Orang nombor dua Ikhwanul Muslimin, Khairat El-Shater dilaporkan sedang berdepan masalah kesihatan, namun rejim Mesir enggan membenarkan dia diberi rawatan, walaupun menggunakan perbelanjaan sendiri.

Sumber pihak berkuasa Mesir mendedahkan keengganan Kementerian Dalam Negeri Mesir untuk membolehkan ahli perniagaan itu mendapatkan rawatan kanser usus di Penjara Al-Aqrab di sini. Dia dikatakan memerlukan rawatan segera, lapor portal berita New Khalij.

Pihak berkuasa Mesir sebelum ini, dituduh menafikan kemudahan rawatan perubatan sesuai dan mencukupi kepada tahanan politik.

Rejim Kaherah bagaimanapun, menafikan tuduhan itu sebaliknya berkata, semua tahanan ditawarkan penjagaan kesihatan yang sempurna.

Menurut pengacara stesen televisyen, Ahmed Moussa, El-Shater menerima khidmat penjagaan kesihatan dengan kos ditanggung pihak berkuasa penjara kira-kira AS$1,100 sebulan.

Moussa yang diketahui rapat dengan agensi pihak berkuasa Mesir dan ahli politik mendakwa El-Shater meninggalkan penjara dua atau tiga kali sebulan kerana menghadapi halusinasi dan meminta ujian penyakitnya dilakukan di makmal swasta.

El-Shater ditahan di penjara itu sejak tentera diketuai Jeneral Abdel Fattah el-Sisi merampas kuasa daripada Presiden Mohamed Morsi pada 2013. Morsi meninggal dunia di dalam mahkamah Mesir, 17 Jun lalu.

Pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin itu dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, atas tuduhan mengadakan hubungan dengan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas). – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close