Berita UtamaUtama

Puak liberal seperti mahu sekat orang asli buat pilihan beragama

Usaha MAIK, UKM dan Jakim di Kelantan menepati Perlembagaan

BANGI, 22 Syawal 1440H, Rabu – Tindakan golongan liberal yang memperjuang kebebasan dan hak asasi, tetapi mengutuk usaha penyebaran dakwah kepada orang asli adalah bercanggah dengan Perlembagaan, kata Ahli Dewan Negara, Senator Nuridah Mohd Salleh.

Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) yang sebelum ini mempertikai usahasama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyampaikan dakwah kepada orang asli di Kelantan.

Proham bersependapat dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bahawa setiap orang mempunyai hak kepercayaan mereka dan ia harus dihormati.

Nuraidah berkata, umum mengetahui Perkara 11 (1) Perlembagaan ada memperuntukkan bahawa rakyat di Malaysia berhak menganut, mengamalkan dan menyebarkan agama.

“Bagaimanapun, fasal 4 jelas melarang penyebaran agama lain selain Islam, secara tidak langsung ia memberi keistimewaan kepada Islam berbanding agama lain.

“Justeru, larangan ini sekali gus membuktikan tindakan MAIK, UKM dan JAKIM yang menyebarkan agama Islam tidak wajar dipersoalkan apatah lagi ia menepati peruntukan Perlembagaan dalam Perkara 3 (1) iaitu Islam adalah Agama Persekutuan,” tegas beliau dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Nuridah berkata, kenyataan dikeluarkan Proham adalah amat tidak wajar dan ia dilihat hanyalah sekadar menyekat masyarakat orang asli untuk membuat pilihan beragama.

“Konsep dakwah Islamiyah adalah satu ‘seruan’ untuk mendidik masyarakat dengan nilai serta cara hidup Islam dan sama sekali tidak membenarkan wujudnya segala bentuk paksaan untuk mereka menerima Islam.

“Sebagaimana firman Allah yang bermaksud; “Tiada paksaan dalam agama (Islam)”. Kebebasan beragama masih jelas terpelihara,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close