Berita Utama

Mana MP Melayu ketika bangsa dihimpit, ditekan?

Tidak bersungguh perjuang masa depan agama, bangsa, negara

BANGI, 8 Muharram 1442H, Khamis – Sehingga kini masih belum ternampak kelibat Ahli Parlimen Melayu yang bersungguh-sungguh memperjuangkan masa depan agama, bangsa dan negara.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin mendakwa, dalam banyak hal, kerajaan masih tunduk kepada tekanan yang diberikan oleh sesetengah pihak terutamanya dalam kalangan mereka yang ‘memegang ekonomi’ negara.

“Lihatlah isu pekebun durian haram yang telah beroperasi sejak puluhan tahun yang lalu, isu pendidikan vernakular dengan bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan jutaan ringgit kepada Universiti Kolej TAR, pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan banyak lagi.

“Siapakah yang akan perjuangkan agenda bangsa Melayu dan Bumiputera? Adakah agenda ini dianggap rasis dan ekstrim?,” soalnya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Prof Zainur Rashid yakin kebanyakan rakyat mengikuti perkembangan dan prestasi kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dengan lebih rapat.

“Apatah lagi di kalangan rakyat majoriti Melayu dan Bumiputera yang merangkumi 69 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia.

“Saya pasti bahawa rakyat sedang menilai kemampuan kerajaan PN yang didominasikan Ahli Parlimen Melayu dan Bumiputera hampir 85 peratus bagi memperjuangkan hak mereka berbanding kerajaan PH, dan BN yang lalu,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button