Komuniti

Rumah terbuka Isma Gombak meriah

Lebih 100 tokoh masyarakat setempat hadir majlis sambutan Aidilfitri

BANGI, 20 Syawal 1440H, Isnin – Meriah sambutan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Gombak di Dewan Masjid Salahuddin Al Ayubi, semalam.

Yang Dipertuanya, Hj Abdul Samad Ashaari berkata, lebih 100 jemputan individu dan organisasi luar hadir membabitkan NGO, ahli jawatankuasa masjid, agensi kerajaan dan tokoh masyarakat setempat.

Katanya, persiapan rapi telah dibuat sebelum Ramadan lagi bagi memastikan majlis Hari Raya tahun ini mencapai objektif dan matlamat.

“Kita mahu memperkukuhkan strategi dalam menyampaikan mesej dan agenda Isma ke segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Pada majlis itu, tetamu dibawa melawat gerai dan diberi penerangan menngenai aktiviti yang dijalankan oleh setiap agensi Isma.

Antara yang hadir ialah Pegawai Tugas-Tugas Khas Kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia Tuan Anwar Wan Ibrahim, Presiden Berjasa Dato Dr Badhrulhisham, wakil Haluan, Hj Syed Mohd Khair, wakil Perkim, Datuk Haji Nasarudin Haji Ali, wakil Persatuan Ulamak Malaysia, Dr Saufi Man, wakil Pejabat Agama Islam Daerah, Ust Bukhari.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Gombak, Mohd Salehuddin Abu Bakar, Pemuda Pas Wangsa Maju dan lain lain tetamu kehormat.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close