Berita UtamaDr Ahmad Sanusi AzmiPendapat

Puak liberal pertikai dakwah orang asli pula

Apabila mubaligh Kristian cuba murtadkan saudara baru mereka diam

1. SETIAUSAHA Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM), Puan Ivy Josiah dilaporkan mengutuk (condemn) tindakan pihak UKM yang menghantar 100 pendakwah kepada Orang Asli. Menurut beliau ia bercanggah dengan kebebasan hak asasi manusia. Kenyataan beliau ini turut disokong oleh Siti Kasim yang turut menceritakan pengalamannya.

2. Mereka mempertikaikan tindakan Majlis Agama Islam Kelantan (dengan kerjasama UKM dan JAKIM) dalam usaha menyampaikan dakwah kepada orang asli di Kelantan. Kata mereka, ia bertentangan dengan hak asasi kemanusiaan dan kebebasan agama yang dijamin oleh perlembagaan.

3. Persoalan yang ditimbulkan oleh golongan liberal ini sangat menghairankan. Usaha dakwah kepada Orang Asli bukanlah baru dimulakan semalam. Dakwah kepada non Muslim bermula hampir 40 tahun yang lalu. Pada tahun 1960, Tunku Abdul Rahman telah menubuhkan PERKIM sebagai usaha memahamkan non Muslim tentang Islam.

4. Cawangan Dakwah Orang Asli JAKIM pula telah ditubuhkan pada 22 April 1991 ketika zaman Perdana Menteri ke 4 Tun Dr Mahathir Mohamad. Ia adalah satu Jabatan yang khusus buat masyarakat Orang Asli untuk mendekatkan mereka dengan kefahaman Islam. Mengapa golongan Liberal tidak mempertikaikan penubuhan Dakwah Orang Asli JAKIM ini di zaman Tun Mahathir dahulu?

5. Setelah sekian lama Cawangan Dakwah Orang Asli ini ditubuhkan, mengapa hari ini pula golongan Liberal cuba membangkitkan isu ini? Apakah ketika ini mereka telah mendapat sokongan yang jitu sehingga berani mempertikaikan usaha yang dilakukan oleh JAKIM, Jabatan Agama Negeri dan Universiti tempatan?

6. Yang lebih menghairankan, kumpulan liberal ini tidak pula mempertikaikan gerakan pendakyah Kristian yang melakukan gerak kerja Kristianisasi terhadap Orang Asli. Menurut Prof Dr. Nizam Sahad, melalui kajian yang dijalankan oleh beliau terhadap masyarakat Orang Asli Broga, usaha Kritistianisasi terhadap Orang Asli menampakkan kesan seawal tahun 1987 lagi.

7. Malah pada November 2012, Majlis Agama Islam Negeri Pahang pernah menerima laporan kewujudan operasi Kristianisasi untuk memurtadkan Orang Asli yang dilakukan oleh mubaligh Kristian. Gerakan ini telah mendapat perhatian Senator Orang Asli, Muhammad Olian Abdullah.

Beliau memberi amaran kepada mubaligh Kristian dengan tegas. Kata beliau: “Mubaligh Kristian seharusnya faham, mereka tak boleh sebarkan agama mereka kepada saudara baru Islam kerana ia jelas telah melanggar Perlembagaan Negara dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

8. Ketika Mubaligh Kristian ini bersungguh dalam usaha mereka memurtadkan saudara baru Muslim dikalangan orang Asli, di mana golongan Liberal ketika itu? Mengapa mereka tidak bersuara sedangkan usaha memurtadkan Muslim itu adalah jelas bercanggah dengan perlembagaan.

9. Inilah dia sikap hipokrasi golongan liberal. Apabila Muslim menjalankan dakwah mereka mempersoalkan atas nama hak kebebasan beragama. Namun apabila Mubaligh Kristian berusaha memurtadkan saudara baru, mereka diam seribu bahasa.

Semoga Allah membantu usaha dakwah yang dijalankan oleh UKM, JAKIM dan MAIK.

Dr Ahmad Sanusi Azmi
Oxford Centre for Islamic Studies

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan Ismaweb.net atau Media Isma Sdn Bhd.

Rujukan

1. https://www.malaymail.com/…/why-is-ukm-involved-in-…/1764803

2. http://repository.um.edu.my/…/Jurnal.%20Usuluddin.30.2009.0…

3. https://journal.unisza.edu.my/…/index.…/mjis/article/view/15

4. https://ejournal.um.edu.my/index.p…/afkar/article/view/13318

5. https://www.ismaweb.net/…/dakyah-kristian-semakin-berlelua…/

6. http://beritabentong.blogspot.com/…/gerakan-mubaligh-di-kam…

7. http://attahkimjournal.com/wp-cont…/uploads/NUR-SHAFINAZ.pdf

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close