Berita UtamaUtama

Pemuda PH gesa ROS kenakan tindakan tegas terhadap UMNO

Wang 1MDB untuk pembangunan ekonomi bukan kepentingan parti

BANGI, 20 Syawal 1440H, Isnin – Pemuda Pakatan Harapan (PH) menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengenakan tindakan tegas terhadap UMNO, kerana telah menerima wang secara haram daripada syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Penerangannya, Ulya Aqamah Husamudin berkata, mengikut pendedahan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sejumlah RM212 juta dana telah dipindahkan daripada syarikat berkenaan kepada UMNO.

Beliau berkata, ini adalah perbuatan yang tidak boleh dimaafkan kerana wang 1MDB sepatutnya digunakan untuk pembangunan ekonomi negara, bukan disalurkan demi kepentingan parti dan kegunaan UMNO.

“Tindakan memindahkan dana dengan jumlah yang besar jelas menunjukkan terdapat salah guna kuasa dan kesalahan penggunaan wang rakyat oleh UMNO.

“Andai dibiarkan tanpa tindakan tegas, kerisauan kami adalah amalan terkutuk ini akan menjadi ikutan pada masa hadapan dan perkara yang sama akan berulang kembali.

“Maka, adalah penting untuk tindakan dikenakan kepada UMNO sebagai pengajaran dan peringatan kepada semua bahawa penerimaan wang seperti ini adalah haram dan salah di sisi undang-undang,” katanya.

SPRM baru-baru ini mendedahkan beberapa cawangan UMNO negeri menerima dana dari syarikat tersebut untuk kepentingan parti.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya mendedahkan 41 senarai nama penerima wang 1MDB, yang mana telah difailkan permohonan untuk lucut hak di bawah Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.

Katanya, antara transaksi paling tinggi membabitkan UMNO iaitu sebanyak RM212 juta dan ia membabitkan satu akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Berikut adalah senarai 41 penama yang didedahkan SPRM:

1. Ibrahim Awang Ismail
2. Kasitah Gaddam
3. Ismail Abd Muttalib
4. Hasan Malek
20:40 24/06/201
5. Sim Sai Hoon
6. Abdul Manan Ismail
7. Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA)
8. Akademi Pemuda
9. Parti Bersatu Rakyat Sabah
10. Yayasan Permata Malaysia
11. Yayasan Tun Hussein Onn
12. UMNO Kelantan
13. UMNO Bahagian Pekan
14. Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia
15. MCA Pahang
16. Sarawak United People’s Party
17. Wanita MCA
18. Liberal Democratic Party (LDP) Sabah
19. Yayasan PBAKM
20. Binsabi Sdn Bhd
21. Rayhar Travels Sdn Bhd
22. K&Z Enterprise Sdn Bhd
23. IPG Mediabrands Sdn Bhd
24. Media Edge CIA (M) Sdn Bhd
25. Hattatex Trading
26. Jakel Trading
27. Jakel Trading Sdn Bhd
28. Perano Sdn Bhd
29. AGA Touch (M) Sdn Bhd
30. Habib Jewels Sdn Bhd
31. Naza Quest Auto Snd Bhd
32. UMNO Selangor
33. UMNO Pahang
34. UMNO Kedah
35. UMNO Johor
36. Barisan Nasional Bahagian Johor Bahru
37. UMNO Sabah
38. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
39. Bustari Yusuf
40. Yayasan Penyelidikan Transformasi
41. Yayasan Rahah

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close