Amerika SyarikatBerita UtamaDuniaUtama

Tujuh penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas

Veteran tentera antara terbunuh kemalangan dengan trak pikup

AMERIKA SYARIKAT (AS), 19 Syawal 1440H, Ahad – Tujuh penunggang motosikal berkuasa tinggi terbunuh dalam satu kemalangan dengan sebuah kenderaan di jalan raya luar bandar di New Hampshire, kelmarin.

Semua mangsa, termasuk bekas anggota tentera AS, adalah ahli Marine JarHeads MC – kelab motosikal di New England yang turut disertai anggota Marin AS dan pasangan mereka. Tiga lagi penunggang, cedera dan dirawat di hospital berdekatan.

Polis New Hampshire berkata, sebuah pikup terbabit dalam nahas dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi itu di jalan raya dua hala US2 di Randolph.

“Punca kemalangan maut itu belum diketahui. Pikup trak itu membawa karavan, telah terbakar ketika pasukan kecemasan tiba,” kata jurucakap polis.

Saksi menyifatkan kemalangan itu sebagai dahsyat, tatkala pengguna lebuh raya yang lain cuba membantu penunggang yang terbaring bergelimpangan di atas jalan.

“Semua mangsa, termasuk dua yang cedera sudah dihantar ke hospital,” katanya tanpa memberitahu nama mangsa.

Kemalangan itu membawa gelombang kejutan kepada komuniti motosikal New England dan veteran tentera.

“Apabila berlaku sesuatu seperti itu, kami juga merasainya. Tidak ada yang lebih rapat di sini selain komuniti penunggang motosikal,” kata Cat Wilson, yang biasa menganjurkan acara amal motosikal di Massachusetts, dan rakan kepada sesetengah mangsa.

Seorang peserta konvoi wanita, Dawn Brindley berkata, motosikalnya juga jatuh, tetapi dia terselamat, sebelum melihat mayat bergelimpangan di atas jalan raya, sementara pikup trak itu pula terbakar.

“Sesetengah rakan saya tidak selamat. Saya melihat sekeliling dan seseorang membantu saya. Saya cuma histeria,” katanya. – Agensi

VIDEO WILLY | Aniaya orang lain

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close