Asean/Asia-PasifikBerita UtamaDuniaUtama

Kanak-kanak antara 30 maut kilang mancis di Medan terbakar

Kebanyakan wanita terkurung dalam bilik ketika kebakaran bermula

INDONESIA, 17 Syawal 1440H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 30 terbunuh dalam kebakaran rumah persendirian yang diubah suai menjadi kilang mancis, di Sumatera Utara, hari ini, kata pihak berkuasa.

Tujuh daripada mangsa adalah kanak-kanak, dan semua mayat mangsa rentung, kata jurucakap agensi bencana daerah Langkat, Irwan Syahri, kepada wartawan.

Stesen televisyen menunjukkan kepulan asap dari bangunan di bandar Binjai wilayah Sumatera Utara, kira-kira 70 kilometer di barat Medan.

Jurucakap polis Sumatera Utara, MP Nainggolan berkata, punca kebakaran masih belum dikenal pasti.

Tidak dapat dikenal pasti berapa jumlah pekerja yang berada di dalam bangunan itu ketika kebakaran bermula, sementara media tempatan melaporkan empat individu sempat melarikan diri, manakala Ketua Polis Binjai, Nugroho Tri Nuryanti berkata, hanya tiga yang selamat.

“Kebanyakan mereka terperangkap di dalam bilik. Tidak ada laluan keluar,” kata Nuryanto kepada Tribun News, sambil menjelaskan bahawa pihak berkuasa masih menjalankan siasatan, termasuk untuk mengenal pasti mangsa.

Keluarga pekerja kilang mancis itu mula berkumpul di hospital polis di Medan, di mana semua mayat dipindahkan.

Faisal Riza, suami kepada Maria yang maut dalam kebakaran itu berkata, semua pekerja di kliang itu adalah wanita, sesetengahnya membawa anak bersama mereka.

“Saya sedang berjalan ke masjid untuk menunaikan solat apabila mendengar bahawa kilang yang terlatak kira-kira 200 meter dari rumah saya terbakar.

“Saya berlari untuk menyelamatkannya, tetapi sudah terlewat. Apabila sampai, kilang itu sudah terbakar sepenuhnya,” katanya.

Pemilik rumah itu, seorang warga emas dikenali sebagai Ros memberitahu stesen televisyen Metro, bahawa dia menyewakan kediamannya sejak empat tahun lalu kepada seorang ahli perniagaan dari Medan. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close