Berita UtamaUtama

‘PAS silap jemput Zamri Vinoth’

Mahukah penceramah bebas Perlis sehidup semati dengan Zakir Naik?

BANGI, 16 Syawal 1440H, Khamis – PAS melakukan kesilapan apabila menjemput Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu berucap dalam majlis perasmian Muktamar Pemuda PAS, di Kuantan semalam, kata Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.

“Atas dasar apa dia dijemput? Saya harap PAS lebih berhati-hati pada masa akan datang. Saya baik dengan Zamri, tetapi perkara yang tidak betul perlu ditegur. Jika tidak, beliau akan terus melakukan kesilapan, ini tidak baik untuk dirinya.

“Ucapan Zamri turut mengguris hati perwakilan daripada Perlis. Kenapa kepimpinan Perlis tidak dirujuk kerana Zamri juga bertugas di Perlis? Saya harap lain kali, jika mahu dijemput juga orang sebegini, telitilah apa isi kandungan apa yang ingin diucapkan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan pemimpin PAS mengundang Zamri, yang juga penceramah bebas ke majlis perasmian Muktamar Pemuda PAS ke-60 sehingga diberikan peluang berucap pada pentas itu semalam.

Difahamkan, Pemuda PAS Perlis rasa terguris dengan tindakan itu berikutan Zamri sering memburukkan anggota Jabatan Amal di Perlis dan sering melemparkan komen negatif terhadap PAS negeri.

Pada masa sama, Zamri yang juga bekas anak didik pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik ketika berucap cuba mengancam untuk melepaskan kewarganegaraan jika pendakwah terkenal itu dihantar pulang ke India.

“Jika kerajaan mahu menghantar pulang atau mengekstradisi Zakir Naik, saya tidak teragak-agak memulangkan MyKad,” katanya.

Susulan itu, Ridhuan Tee menasihati Zamri supaya memberi ucapan yang boleh diterima logik akal, bukannya sekadar mencari publisiti.

Beliau berkata, dalam isu ini sekurang-kurangnya Zakir Naik mendapat PR (status penduduk tetap) negara kita.

“Jika Zamri serah IC, kedudukan dia lebih teruk daripada Zakir Naik. Sanggupkah berbuat demikian? Cuba lihat bagaimana musuh dan laman anti-Islam memanipulasikan isu ini. Apa kata jika benar-benar Zakir Naik ‘diekstradisikan’ ke India, apakah Zamri akan menyerahkan kad pengenalan?

“Beliau akan menjadi ‘statelessness’, sama seperti pendatang haram? Atau mungkinkah beliau mahu ikut Zakir Naik ke India, bersama-sama sehidup semati dengan Zakir Naik. Tidak ada siapa yang mahukan Zakir Naik ‘diekstradisikan’ kepada mahkamah India.

“Tetapi, jika kerana beliau seorang sehingga menyebabkan hubungan bilateral negara menjadi keruh dan tegang, ketika itu kita tidak ada pilihan lain. Kepentingan ramai (negara) jauh lebih penting daripada kepentingan individu,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close