Berita UtamaDuniaUtama

Gempa gegar pulau Jepun

Amaran tsunami dikeluarkan di pantai Honshu malam tadi

JEPUN, 15 Syawal 1440H, Rabu – Gegaran kuat dan di kawasan cetek dicatatkan oleh Agensi Meteorologi Jepun (JMA) tatkala gempa bumi berukuran 6.8 magnitud menggoncang pantai barat pulau Honshu kira-kira jam 10.20 malam tadi waktu tempatan (9.25 malam waktu Malaysia).

JMA melaporkan gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer. Serentak itu, amaran tsunami dikeluarkan bagi kawasan pantai di Yamagata; Niigata; dan Ishikawa.

“Wujud ancaman marin. Keluar dari air dan tinggalkan kawasan pesisir dengan segera. Oleh kerana risiko arus kuat yang berterusan, jangan masuk ke laut atau berada di kawasan pesisiran sehingga amaran ditarik balik,” kata JMA dalam kenyataan, malam tadi.

Gempa bumi itu berlaku 85 kilometer di timur laut Pulau Honshu. Gempa cetek boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk.

JMA mengeluarkan amaran tsunami setinggi 0.2 meter hingga satu meter di sepanjang pantai di barat laut pulau itu, dan sebahagian daripada ombak sudah mula menghempas pesisir pantai Yamagata dan Niigata.

Pegawai pengurusan bencana di Niigata berkata, mereka tidak mempunyai gambaran sebenar kesan daripada gempa bumi itu, tetapi sehingga kini belum ada laporan kecederaan atau kehilangan nyawa. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close