Amerika SyarikatBerita UtamaDuniaUtama

AS rampas dadah RM4.176 bilion

Kokain diisi dalam tujuh kontena dibawa menggunakan kapal kargo

AMERIKA SYARIKAT, 15 Syawal 1440H, Khamis – Pihak berkuasa Persekutuan Amerika Syarikat (AS) merampas 16.5 tan dadah jenis kokain bernilai lebih AS$1 bilion daripada sebuah kapal di Philadelphia, kata Jabatan Keadilan AS, semalam.

Rampasan di atas kapal kargo MSC Gayane itu adalah salah satu daripada dua kes terbesar dalam sejarah AS.

Menurut laporan aduan jenayah yang difailkan di Mahkamah Persekutuan Philadelphia, sepasukan ejen Persekutuan dan pihak berkuasa tempatan menaiki kapal kargo yang berlabuh di Terminal Marin Packer, dan menemukan tujuh kontena dipenuhi kokain.

Pihak berkuasa Persekutuan menangkap dan mendakwa dua kru kapal berkenaan, Ivan Durasevic dan Fonofaavae Tiasaga.

Kedua-duanya memberitahu penyiasat bagaimana mereka membantu menaikkan kokain itu di atas kapal ketika dalam pelayaran.

“Jumlah dadah itu boleh membunuh jutaan manusia,” kata Pendakwa AS di Philadelphia, William McSwain ketika mengumumkan rampasan itu menerusi Twitter. Pegawai beliau menganggarkan dadah itu bernilai lebih AS$1 bilion.

Berdasarkan laman penjejak kapal, sejak beberapa bulan lalu MSC Gayane berada di Chile, Peru, Colombia dan Panama.

Dalam satu kenyataannya, pemilik kapal itu, Syarikat Perkapalan Mediterranean berkata, mereka mengambil maklum berkenaan insiden itu, dan ianya satu sejarah bekerjasama dengan pihak berkuasa AS bagi menghalang pengedaran dadah.

Pada 1989 lalu, pihak berkuasa AS merampas 21 tan kokain di California, dan 14 tan lagi di Texas. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close