Berita UtamaUtama

Nie Ching rendahkan martabat subjek Pendidikan Islam

Kementerian Pendidikan kena hati-hati, sensitif hal berkaitan Islam

BANGI, 14 Syawal 1440H, Selasa – Tindakan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching meminta pandangan daripada bukan Islam untuk menambah baik silibus mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan, dilihat seolah-olah merendahkan martabat dan kedudukan subjek berkenaan.

Pengerusi Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan berkata, cadangan untuk menjemput sesiapa sahaja tanpa mengira agama adalah perkara sensitif terutama hal yang berkaitan dengan agama Islam dan umat Islam.

Katanya, iGuru musykil dan sangsi kewajaran pihak kementerian membenarkan kaum bukan Islam memberikan cadangan berkaitan mata pelajaran pendidikan Islam sebagaimana yang tertulis di laman Facebook Nie Ching.

“Tindakan membuka ruang pihak lain mencampuri urusan hal ehwal agama Islam dilihat seolah-olah merendahkan martabat dan kedudukan mata pelajaran Pendidikan Islam, berbanding mata pelajaran yang lain.

“Dalam isu ini, kita minta pihak Kementerian Pendidikan perlu lebih berhati-hati, tidak membuat cadangan semberono,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Nie Ching menerusi hantaran di Facebook, mengalu-alukan semua pihak tanpa mengira kaum dan agama untuk memberi pandangan dan idea kepada Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI).

Bagaimanapun, selepas mendapat kecaman netizen, hantaran berkenaan telah dipadam dan digantikan dengan kenyataan kekesalan apabila pengumuman tersebut kononnya disalah tafsir.

Pada masa sama, Mohd Azizee mengakui, i-Guru menyambut baik penubuhan PPKPI dibawah Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) KPM pada 15 April 2019, sebagai langkah mengkaji subjek berkenaan di peringkat sekolah rendah bagi tujuan penambahbaikan.

“Namun secara serius i-Guru berpandangan terdapat beberapa perkara dan isu yang perlu dipersoalkan terhadap pihak KPM untuk menjawab dan memperjelaskan kepada umum, khususnya kepada umat Islam tentang penubuhan, keanggotaan ahli PPKPI serta kaedah perlaksanaannya,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close