Berita UtamaPendapat

Takkan parti ultra kiasu nak tunjuk terang-terang mereka lawan Islam, habislah mereka

Jangan terpengaruh dengan permainan wayang tongkol

SECARA berstrategi sudah tentu ultra kiasu akan lunak dan tunjuk mereka sokong Islam, baharulah kita cair.

Takkan baharu kenal ultra kiasu, mentang-mentanglah berada dalam sepakatan, kena jugalah berhati-hati.

Ultra yang saya kenal, mereka akan terus bersikap lunak dengan Islam termasuk menyokong Palestin, memakai mafla Palestin dalam Parlimen kononnya, selagi mana kehendak mereka dipenuhi dan dapat berkuasa. Kepada ultra kiasu hari ini, paling penting, memegang kuasa. Banyak perkara boleh dibuat secara senyap.

Hujah daripada UMNO mengatakan ultra kiasu tidak menentang Belanjawan 2024 berkaitan peruntukan dalam meninggikan syiar Islam, amat naif dan begitu terdesak. Maknanya, ultra kiasu ini bukan musuh Islam. Dalam kata lain, bukan ancaman kepada Islam, pro-Islamlah.

Kalau yang bercakap itu tidak berpendidikan, saya boleh terima lagi. Tetapi yang bercakap itu terpelajar. Ada PhD lagi.

Apa dia ingat ultra kiasu itu bodoh ke? Mahu tunjukkan dan tonjolkan mereka benar-benar menentang Islam? Sudah tentu tidak.

Kalau DAP tentang belanjawan Islam secara terang-terangan, hayat mereka tidak akan kekal lama. Bukan itu sahaja, ultra kiasu akan menerima kecaman dan tentangan daripada umat Islam secara besar-besaran daripada seluruh rakyat Malaysia. Hilanglah sokongan Melayu. Terpelantinglah mereka daripada kuasa nanti.

Sudah tentu ultra kiasu ini akan diam dan akan tidak mustahil akan menyokong dan bercakap dengan megahnya, bahawa mereka menyokong peruntukan Islam dan belanjawan yang dibentangkan.

Sama juga tindakan mereka memakai mafla (selendang) Palestin, apa kamu ingat mereka benar-benar simpati dengan Palestin? Maaflah, saya amat ragu. Mengenali ultra kiasu sekian dengan kata-kata “langkah mayat aku jika mahu tegakkan negara”, kata-kata ini sahaja sudah cukup membuktikan siapa ultra kiasu? Jika dia faham asal-usul dan sejarah negara ini, pasti kenyataan ini tidak keluar. Ini belum masuk bukti-bukti yang lain.

Kepada ultra kiasu, cuba kamu cuba baca komen-komen bukan Islam rakyat Malaysia dalam media sosial berkaitan dengan Palestin, yang ramai pengikut kamu, kebanyakan mereka mengutuk tindakan Hamas dan menghina umat Islam Palestin.

Apakah kamu tidak membaca sokongan dan simpati pemimpin ultra kiasu Singapura terhadap Israel. Kenapa pemimpin tidak mengeluarkan kenyataan yang sama terhadap Hamas dan Palestin? Kenapa selama ini saban hari umat Islam Palestin dibunuh, pemimpin ultra kiasu semua ini tidak keluarkan kenyataan.

Tiba-tiba dalam keadaan, umat Islam bersentimen, bukan main lagi ultra kiasu Malaysia memakai mafla menyokong Palestin. Tengok dahi dia kita sudah kenal siapa wakil rakyat ini?

Kalau ultra kiasu ini benar-benar ikhlas, tegurlah kenyataan pemimpin ultra kiasu Singapura itu yang menyokong Israel, kenapa kamu diam? Kamu ultra kiasu mungkin boleh kaburi mata mereka yang buta, tetapi bukan sayalah. Saya tahu hati perut kamu sejak penubuhan kamu lagi, bermula di Singapura, sehingga lahirnya anak butir kamu di Tanah Melayu.

Sebab itu, saya amat hairan kenapa pemimpin Melayu UMNO begitu mudah tertipu dan terkabur matanya, dengan mudah mengatakan ultra kiasu bukan ancaman kepada Islam. Semua ini gara-gara terdesak dan kemarukkan kuasa.

Nasihat saya, berkawanlah dengan kawan seagama yang ikhlas, berkawanlah juga dengan bukan Islam yang ikhlas, tetapi bukan dengan ultra kiasu. Sejarah mereka dan perjuangan Malaysian Malaysia serta negara sekular, amat meragukan untuk saya bersangka baik dengan mereka. Saya yakin ramai bukan Islam yang ikhlas dan memahami sejarah dan Islam untuk kita kawani dan percayai.

Kita bukan satu dua bulan mengenal ultra kiasu ini, tetapi sudah lama. Sebab itu, bila dah berkawan dan ‘bercium mulut’ atas asas politik, perlulah berhati-hati dalam menilai kawan dan lawan.

Musuh Islam tetap musuh Islam. Mereka bersetuju, tidak bermakna itu satu sokongan terhadap Islam. Strategi amat penting.

Saya tidak berapa pasti berapa peruntukan yang disediakan peruntukan kepada agama dan ajaran bukan Islam. Saya yakin pasti ada, termasuk peningkatan dalam peruntukan, jika ada peruntukan besar terhadap Islam. Mesti ada ‘win-win’.

Apakah kamu ingat, bila peningkatan kepada belanjawan Islam akan berlaku pengurangan belanjawan bukan Islam. Tidak begitu sifatnya, jika kamu mengenali ultra kiasu.

Jika kamu masih samar lagi dalam mengenali ultra kiasu, biar aku terangkan. Dalam Parlimen semalam, apabila parti mereka dilabelkan sebagai kafir, bukan main lagi mereka membela bangun, terutama sarjan calit tiga itu berkata, dalam parti mereka juga ada wakil rakyat Islam, tidak boleh dilabelkan sebagai kafir. Bagusnya, dia sedar, bahawa parti mereka yang menjunjung sekularisme itu adalah kafir.

Bagi mengaburi mata kita semua, dia bangun berkata, dalam parti mereka juga wakil rakyat beragama Islam, maka tidak boleh dikatakan kafir. Sedangkan perkataan kafir yang dibangkitkan dalam konteks dan teks berbeza. Inilah wayang tongkol ultra kiasu untuk kaburi mata kita semua agar bersimpati dengan mereka.

Sebagai makluman sahaja, wakil rakyat Melayu dalam parti ultra kiasu hanya jadi pak pacak, bagi menunjukkan mereka ini parti berbilang kaum. Jika kamu ikhlas, lantiklah mereka ini sebagai presiden parti kamu.

Sama seperti kedudukan Melayu di Singapura. Apakah kamu ingat, orang Melayu akan diberikan jawatan tinggi yang strategik kepada orang Melayu, apabila mereka mendapat kuasa. Sehingga kini, orang Melayu masih tidak dipercayai. Tidak diberikan memegang jawatan strategik, dalam imigresen, pasukan keselamatan dan lain-lain berkaitan dengan pertahanan dan keselamatan.

Jawatan apa yang diberikan bagi menyejukkan dan mencairkan hati orang Melayu? Jawatan presiden yang tidak ada kuasa. Jika kamu benar ikhlas, lantiklah jadi ketua panglima angkatan tentera, ketua polis atau ketua imigresen. Kalau tak boleh, satu cukuplah.

Sebagai akhirnya, saya ingin ingatkan bahawa parti ultra kiasu di Singapura dan di negara kita, kedua-duanya adik-beradik. Jika mereka menyokong Israel dan simpati terhadap Israel, begitu juga dengan ultra kiasu dalam negara ini. Mereka yang katakan sokongan dan memakai mafla itu hanyalah wayang tongkol sahaja.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button