Berita UtamaUtama

Tutup pusat judi berlesen

Kasino terbesar Genting Highland musnahkan hidup ribuan keluarga

BANGI, 13 Syawal 1440H, Isnin – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa kerajaan menutup semua pusat perjudian termasuk tidak lagi mengeluarkan sebarang lesen bagi membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang negara.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid turut mendesak agar industri judi yang berjalan seperti mafia, dibentaras sehingga ke akar umbi.

Katanya, umum mengetahui antara industri yang merosakkan masyarakat adalah judi berlesen (halal) atau judi haram (tidak berlesen). Kasino terbesar di Genting Highland ada pusat judi ‘halal’ yang turut memusnah kehidupan ribuan keluarga.

“Bahkan terdapat pegawai kerajaan di kalangan anggota keselamatan yang terheret dalam perjudian kerana menjadi mangsa Along.

“Malangnya, masih ada pihak yang mempertahan kelulusan mengeluarkan lesen judi, padahal siapapun tidak boleh menafikan mudarat yang menimpa kepada masyarakat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador untuk menghapuskan kegiatan perjudian haram, sekaligus mampu meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menyambut baik kenyataan itu, Mohd Azmi yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mengakui judi adalah satu daripada industri negara yang merosakkan masyarakat, walaupun jumlah pendapatannya mencecah berbilion ringgit.

“Mapim sokong kenyataan bahawa pegawai dan anggota keselamatan mahupun mana-mana pihak tidak kira pangkat dalam agensi awam akan diambil tindakan tegas bagi menghapus sindikit judi dan maksiat yang selama ini bermaharajalela.

“Kerajaan tidak lagi boleh mempertahan lesen judi atas alasan ia mendatang pendapatan dari cukai industri judi. Kos sosial dan kos sekuriti negara jauh lebih tinggi dari perolehan kerajaan,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close