Berita UtamaDuniaTimur TengahUtama

Raja Abdullah marah rancangan jadikan Jordan tanah air Palestin

'Penjanjian abad ini' tajaan AS bakal ketepikan hak rakyat Palestin

AMMAN, 13 Syawal 1440H, Isnin – Raja Jordan, Raja Abdullah II bin Al-Hussein menyatakan kemarahan beliau terhadap sebarang rancangan ‘pelan damai abad ini’ tajaan Amerika Syarikat (AS), jika menjadikan negaranya sebagai tanah air Palestin.

Bercakap kepada angkatan tenteranya, beliau menolak Jordan dijadikan negara alternatif kepada Palestin, sambil berkata, rakyat Jordan pada akhirnya akan bersuara.

Terus berdepan ketidaktentuan ekonomi dalam negara, Raja Abdullah dijangka menggunakan saluran diplomatik terhadap sekutunya Amerika Syarikat (AS) – yang mengubah status quo di rantau itu.

Selepas kewujudan Israel pada 1948, Amman menerima lebih ramai warga Palestin berbanding negara lain, dengan sesetengahnya menganggarkan jumlahnya sama banyak dengan rakyat Jordan sendiri.

Sebarang perubahan terhadap konsensus antarabangsa mengenai penyelesaian dua negara Israel dan Palestin, dan hak pelarian Palestin untuk pulang ke tanah yang kini diduduki rejim Zionis, serta wilayah Palestin, akan memberi kesan kepada Jordan, berbanding tempat lain.

‘Perjanjian abad ini’ yang dirancang Presiden Donald Trump bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin masih menjadi rahsia, maklumat yang bocor mengetepikan kewujudan negara Palestin, namun dibenar melaksanakan pemerintahan sendiri di wilayah diduduki, sekali gus mengetepikan hak pelarian untuk pulang.

Maklumat yang bocor turut menyatakan Semenanjung Gaza akan diletakkan di bawah kawalan Mesir, sementara rakyat Palestin akan berkongsi Tebing Barat, serta sesetengah kawasan di sekitar Baitulmaqdis, dengan rejim pengganas Israel.

Bagaimanapun, Washington menafikan usaha menjadikan Jordan tanah air Palestin, tetapi menggesa Amman memainkan peranan di Tebing Barat atau hak dinasti Raja Abdullah untuk menjaga tanah suci Baitulmaqdis akan dicabar.

Tetapi, pendekatan radikal Trump berhubung isu itu, serta kenyataan oleh duta AS ke Israel baru-baru ini, bahawa rejim itu mempunyai hak mengambil Tebing Barat, telah menarik perhatian rakyat Jordan.

Walaupun AS menafikannya, rakyat Jordan bimbang Trump akan kembali kepada pendekatan lama rejim Zionis – Jordan ialah Palestin, dan itulah tempat di mana warga Palestin di Tebing Barat patut pergi.

Ia akan menjadi sesuatu yang buruk buat Raja Abdullah II yang berusia 57 tahun, yang mana negaranya berdepan cabaran ekonomi sehingga berlaku tunjuk perasaan yang mengubah kerajaan Jordan tahun lalu.

Walaupun, ramai warga Palestin berada di Jordan, dan ada keturunan pelarian yang tidak pernah menjejak kaki di tanah air mereka, penduduk Jordan tidak akan menjangkakan pelarian itu akan kekal di negara mereka.

Mereka bimbang rancangan Trump akan mengubah bentuk demografi dan polisi negara dengan kehadiran warga Palestin, yang memiliki kewarganegaraan penuh tetapi dipinggirkan.

Tetapi, keputusan Raja Abdullah bahawa Jordan perlu hadir pada persidangan ekonomi – yang menjadi sebahagian rancangan pelan damai AS – menunjukkan Aman tidak boleh mengetepikan tekanan daripada negara kaya dan berkuasa di Barat dan rantau Teluk. – Agensi

 

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close