Berita UtamaUtama

PH sedang porak-peranda: Khalil

'Terlalu banyak kelemahan, bubar kerajaan adakan pilihan raya umum'

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 13 Syawal 1440H, Isnin – “Kes Allahyarham Mohammad Adib Mohamad Kasim masih belum selesai, timbul pula isu video hanyir. Satu persatu kelemahan kerajaan PH dan skandal terpacul untuk tatapan rakyat.

“Ia petunjuk jelas sebenarnya PH tidak mempunyai persefahaman dan kerjasama yang kukuh di antara mereka. Mereka membawa matlamat, agenda dan ideologi masing-masing, tidak seperti apa yang di paparkan selama ini.”

Demikian kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Muhammad Khalil Abd Hadi susulan penyebaran video lucah mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang memaparkan aksi intim bersama dengan seorang lelaki.

Seorang individu bernama Haziq Abdullah Abdul Aziz telah membuat kenyataan menerusi video di laman Facebook peribadinya bahawa dia adalah individu yang terlibat dalam video berkenaan.

Bagaimanapun, Azmin dalam kenyataannya pada Rabu lalu menafikan dirinya adalah individu dalam video berkenaan.

Mengulas lanjut, Khalil berkata, isu berkenaan telah pun menjadi perdebatan dan percakaran sesama pimpinan utama PH, dapat di lihat jelas di media massa utama negara.

“Soal betul atau tidak kita serahkan kepada kebijaksanan pihak berkuasa seperti PDRM untuk menyiasat, selagi tidak terbukti bersalah, kita usah pula menghukum kerana ia salah di sisi agama Islam.

“Namun isu tersebut membuktikan sebenarnya membuktikan PH sedang porak-peranda,” katanya.

Pada masa sama, Khalil berkata, isu berkenaan juga telah memperlihatkan mereka menyerang sesama sendiri, menyalahkan sesama sendiri, malah sudah jelas mereka hanya mahu berkuasa, memenuhi agenda tanpa mempedulikan nasib rakyat sepertimana janji sebelum ini.

“Kos sara hidup makin meningkat, harga barangan dan petrol masih tidak turun, PTPTN tetap ada, AES semakin banyak, keadaan ekonomi negara makin suram malah banyak janji mereka yang tidak tertunai.

“Apa yang rakyat dapat? Rakyat tersadai dengan kerajaan PH yang sudah hampir di ambang kehancuran dan di ambang hujung nyawa. Mahukah kita memperjudikan masa depan kita? Jika begini keadaanya, lebih elok bubar saja kerajaan dan adakan pilihan raya umum,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close