Berita UtamaUtama

Kabinet tak bincang isu video intim kaitkan menteri kanan

Serah kepada polis untuk selesaikan kes, kata Salahuddin Ayub

BANGI, 13 Syawal 1440H, Isnin – Kabinet tidak akan membincangkan isu penyebaran video intim yang mengaitkan seorang menteri kanannya, baru-baru ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, Kabinet tidak berminat untuk membincangkan isu berkenaan, bahkan tiada sebarang mesyuarat diadakan untuk tujuan itu.

“Kabinet tidak akan membincangkan dan tidak teruja mengenai video intim yang tersebar.

“Tiada mesyuarat mengenai perkara ini dan ia tidak ganggu tugas kami.

“Saya rasa polis ada jalan penyelesaian dalam isu ini,” katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.

Sebelum ini, video aksi seks sejenis yang didakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali bersama seorang lelaki mula disebarkan secara terancang pada minggu lalu.

Mohamed Azmin bagaimanapun menafikan pembabitannya dalam video seks sejenis berkenaan dan menyifatkan ia sebagai tuduhan jahat dan kejam.

Penyebaran itu dipercayai ada kaitan dengan persaingan politik dalaman PKR dan ramai pemerhati politik percaya ia adalah konspirasi tertinggi pucuk pimpinan parti berkenaan walaupun ia dinafikan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close