Dunia

Israel memang sengaja bunuh tentera sendiri: Hamas

Pertaruh nyawa askar tanpa peduli perasaan keluarga mereka

GAZA, 4 Jamadilakhir 1445H, Ahad – Rejim pengganas Israel sengaja membunuh tiga askarnya yang menjadi tebusan perang Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) pada Jumaat.

Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaida menyifatkan tindakan keji Israel itu sebagai memperjudikan nyawa askarnya, apabila sengaja membunuh mereka yang menjadi tebusan perang.

Beliau berkata, pasukan musuh terus mempertaruhkan nyawa tenteranya yang menjadi tebusan perang pejuang Hamas, tanpa mempedulikan perasaan keluarga mereka.

“Israel sengaja membunuh tiga askar tebusan semalam (Jumaat), memilih untuk membunuh mereka daripada membebaskan mereka.

“Ini adalah tingkah laku jenayah yang sama diamalkan dan terus diamalkan terhadap tawanannya di Gaza,” katanya.

Abu Ubaida percaya, tindakan rejim Israel adalah sebahagian daripada usaha terdesak untuk menghilangkan beban di dalam konflik itu.

Jumaat lalu, Israel mengumumkan bahawa tenteranya secara tidak sengaja membunuh tiga anggota rejim yang ditahan Hamas ketika pertempuran di kawasan Shuja’iya di timur Gaza.

Siasatan awal tentera Israel mendedahkan, anggotanya bertindak dengan cara bertentangan dengan peraturan tindakan, mengakibatkan tebusan yang membawa ‘bendera putih’ dibunuh di kawasan kejiranan Shuja’iya.

Ketiga-tiga tebusan yang ditembak mati secara tersilap oleh tentera Israel ialah Yotam Haim, 28, Samer Talalka, 22 dan Alon Shamriz, 26.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button