Berita UtamaUtama

Keputusan tawaran matrikulasi untuk pelajar B40 diumum esok

Permohonan, rayuan boleh disemak di laman sesawang KPM

BANGI, 12 Syawal 1440H, Ahad – Keputusan tawaran baharu kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) untuk mengikuti Program Matrikulas Kementerian Pendidikan (KPM), akan diumumkan jam 12 tengah hari esok.

KPM dalam kenyataan hari ini berkata, pengumuman itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Mei lalu, yang bersetuju untuk menawarkan tempat kepada pelajar cemerlang lepasan SPM daripada golongan B40, untuk mengikuti program matrikulasi.

Sehubungan itu, pelajar-pelajar yang telah membuat permohonan dan juga pernah mengemukakan rayuan sebelum ini boleh menyemak keputusan dengan melayari laman sesawang KPM di www.moe.gov.my, kata kenyataan itu.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close