Berita UtamaDuniaUtama

49 maut akibat panas melampau di India

Suhu mencecah sekitar 45 darjah Celsius

BIHAR, 12 Syawal 1440H, Ahad – 49 orang meninggal dunia ekoran suhu panas melampau di utara India, kata Pegawai Kanan Kesihatan, Vijay Kumar.

Vijay berkata, kematian itu berlaku di tiga daerah di rantau Magadh, di mana suhu mencecah sekitar 45 darjah Celsius pada hari-hari kebelakangan ini.

“Ia adalah perkembangan secara tiba-tiba pada petang Sabtu. Mereka yang terjejas oleh strok haba telah dibawa ke hospital yang berlainan.

“Kebanyakan mereka meninggal pada malam Sabtu dan beberapa pada pagi Ahad semasa rawatan,” kata Kumar.

Kumar berkata, lebih kurang 40 orang lagi dirawat di sebuah hospital yang dikendalikan kerajaan di Aurangabad.

“Pesakit yang terjejas akibat strok haba masih meningkat, pada masa sama angka kematian juga dijangka meningkat sekiranya gelombang panas berterusan,” katanya.

Kebanyakan mangsa berusia di atas 50 tahun dikejarkan ke hospital dalam keadaan separuh sedar dengan tanda demam panas, cirit-birit dan muntah. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close