Berita UtamaUncategorizedUtama

19 PATI di Kota Kinabalu ditahan

Polis dalam usaha bendung kadar pendatang asing elak jenayah

KOTA KINABALU, 12 Syawal 1440H, Ahad – Polis menahan 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi yang dijalankan di lima lokasi sekitar bandar raya ini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji berkata, dalam operasi bermula 10 malam hingga 2 pagi itu, individu ditahan berumur antara 12 hingga 52 tahun dan kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Tumpuan lokasi operasi dijalankan adalah di sekitar Kota Kinabalu sebagai usaha membendung kadar pertumbuhan PATI yang boleh mengundang kepada kegiatan jenayah di bandar raya ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Habibi berkata, operasi itu turut dibantu oleh agensi lain termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen serta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan operasi berkenaan akan diteruskan pada masa akan datang.

Orang ramai dialu-alukan menyalurkan sebarang maklumat di balai polis berhampiran atau menerusi media sosial seperti Facebook Polis Kota Kinabalu dalam usaha membanteras jenayah, PATI, dadah dan gejala sosial negatif di sekitar bandar raya, katanya.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close