Berita UtamaUtama

10 lelaki ditahan kes gaduh

Budak 13 tahun antara ditangkap di pusat hiburan di KL

KUALA LUMPUR, 12 Syawal 1440H, Ahad – Sepuluh lelaki ditahan, selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Scott Garden, Jalan Klang Lama, Brickfields di sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Md Isa berkata dalam kejadian kira-kira 3.15 pagi itu, sekumpulan lelaki berusia 13 hingga 37 tahun dikatakan datang ke pusat hiburan berkenaan sebelum bertindak memukul seorang pengunjung.

“Kejadian berlaku apabila mangsa berusia 34 tahun terlanggar bahu seorang pelanggan, iaitu seorang daripada suspek ketika berada di dalam pusat hiburan tersebut.

“Kemudian, berlaku salah faham antara kedua-kedua lelaki itu mengakibatkan mangsa dipukul sehingga di luar pusat hiburan, selain turut dibelasah oleh suspek lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, kesemua suspek ditahan dan permohonan reman akan dilakukan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close