Berita Utama

SOP hari mengundi telah dihantar ke SPR

Orang politik perlu tunjuk teladan baik, pakai pelitup ketika berkempen: KJ

BANGI, 5 Rabiulakhir 1444H, Isnin – Pemakaian pelitup muka perlu diamalkan sepanjang tempoh kempen parti politik pada pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai usaha mengekang penularan COVID-19.

Menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sepanjang tempoh berkempen orang politik perlu tunjukkan teladan baik dengan memakai pelitup muka terutamanya ketika berkempun dari rumah ke rumah atau melawat orang sakit.

“Sudah menjadi kebiasaan kempen pilihan raya akan membabitkan lawatan rumah ke rumah.

“Apabila masuk ke kawasan yang sesak, pakai pelitup muka. Kalau kita adakan ceramah di dalam satu dewan dan dewan sudah penuh, parti politik dan penganjur digalakkan membuat pengumuman untuk hadirin memakai pelitup muka.

Ini adalah langkah yang perlu diulangi dan dilaksanakan. Kita mahu pilihan raya dijalankan dengan tidak ada terlalu banyak sekatan tetapi pada masa sama kita galakkan gunalah nasihat yang memang sudah wujud dari Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya seperti dipetik Berita Harian, hari ini.

Khairy menambah, prosedur operasi standard (SOP) membabitkan hari mengundi sudah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya proses pengundian dapat dijalankan dengan selamat.

Katanya, calon dan pengundi yang disahkan positif dibolehkan mengundi dan SPR akan mengumumkan peraturan yang perlu dipatuhi mereka yang dijangkiti.

“Namun, calon yang positif sewaktu kempen sedang berjalan dinasihati untuk berada dalam isolasi untuk beberapa hari.

Katanya ada kaedah lain lagi untuk berkempen termasuklah melalui atas talian.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button