Berita UtamaUtama

69 saman dikeluarkan di WCE

18 penunggang motosikal cuba larikan diri, remaja positif dadah ditahan

TELUK INTAN, 11 Syawal 1440H, Sabtu – Sebanyak 69 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan, di kawasan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) Hutan Melintang-Teluk Intan arah selatan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, kesalahan termasuk nombor plat tidak mengikut peraturan, tiada lesen memandu, tiada cermin sisi, tiada lesen kenderaan motor dan ekzos tidak mengikut peraturan.

Katanya, sebanyak 50 motosikal diperiksa sepanjang operasi yang bermula pukul 1 pagi hingga 7 pagi itu.

“Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 18 motosikal ditahan kerana penunggang dipercayai cuba melarikan diri semasa operasi dijalankan.

“Dalam operasi itu, kita turut membuat pemeriksaan terhadap 34 orang penunggang dan pembonceng motosikal,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, dalam operasi itu seorang remaja berusia 17 tahun turut ditahan, selepas pemeriksaan saringan air kencing positif dadah jenis Methamphetamine.

Jajaran Seksyen 8 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat yang menghubungkan Hutan Melintang – Teluk Intan dibuka secara rasmi 31 Mei lalu. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close