Berita UtamaUtama

Video lucah: Hentikan polemik jijik tak bertamadun

Aktor politik perlu desak PM arah siasatan pelaku di sebalik klip video

BANGI, 9 Syawal 1440H, Khamis – Pihak berkuasa perlu memainkan peranan berhubung penyebaran video lucah yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sejak kelmarin.

Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, apabila tiada tindakan pantas, rakyat faham betapa kotornya sikap hipokrasi ahli politik yang memimpin negara sekarang ini.

“Benda itu mudah sahaja bagi pihak keselamatan. Lagikan jenayah terancang yang belum berlaku pun mereka boleh cekau perancangnya, macam yang mereka lakukan ke atas anasir ISIS di negara ini, inikan pula aktiviti dalam bilik hotel dan tarikh yang spesifik, yang pelaku pertama sudah pun mengaku.

“Mereka telah melakukan jenayah mengikut Seksyen 377. Penjenayah pertama sudah ada, hanya tinggal nak siasat siapa penjenayah kedua. Rule of law, bermakna semua orang sama rata di depan undang-undang.

“Cuma nak bertindak atau tak nak saja. Bergantung pada orang politik yang berkuasa, Tun M,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, video aksi seks sejenis yang didakwa Mohamed Azmin mula disebarkan secara terancang pada Isnin lalu dan sebaik Timbalan Presiden PKR itu menafikan pembabitannya, video siri kedua yang lebih jelas pula disebarkan.

Penyebaran itu dipercayai ada kaitan dengan persaingan politik dalaman PKR dan ramai pemerhati politik percaya ia adalah konspirasi tertinggi pucuk pimpinan parti berkenaan walaupun ia dinafikan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Umum mengetahui bahawa PKR didakwa terbahagi kepada dua kem iaitu antara kumpulan Anwar dan Mohamed Azmin, selain ada ura-ura menyatakan menteri hal ehwal ekonomi itu adalah calon bakal perdana menteri.

Sementara itu, Perdana Menteri yakin Mohamed Azmin bukan individu yang dikaitkan dalam video lucah yang tersebar itu.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, penyebaran video itu jelas bermotifkan politik, bertujuan menjatuhkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkenaan.

Serentak itu, Ustaz Hazizi menggesa semua aktor politik bersuara mendesak perdana menteri supaya mengarahkan pasukan polis menyiasat segera kes itu.

“Jangan biarkan diri terpalit dengan najis dan tahi. Selagi polis belum tangkap kedua-dua penjenayah, selagi itulah rakyat yang berpolemik mengenai isu video ini kena ‘game’ oleh pemimpin politik,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close