Berita UtamaUtama

Mayat pelajar sekolah lemas di Sungai Jeram Besu dijumpai

Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat

KUANTAN, 9 Syawal 1440H, Khamis – Mayat pelajar tingkatan satu yang dikhuatiri lemas di Sungai Jeram Besu, Don, Raub pada Selasa lepas, dijumpai pada pukul 5.10 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Raub, Supt Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa Muhamad Muzzafar Shah Mohamad Rozi, 13, ditemukan kira-kira satu meter dari tempat terakhir dia dilihat.

“Mayat ditemui dalam keadaan terapung berdekatan dengan lubuk di sungai itu oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat.

Mohamad Muzzafar Shah yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sega, Raub, dipercayai ke sungai itu bersama dua rakannya pada 4.45 petang, Selasa lepas untuk mengambil gambar.

Bagaimanapun, rakan mangsa mendakwa mangsa secara tiba-tiba terjun ke dalam sungai itu dan kelihatan lemas, menyebabkan mereka juga terjun untuk menyelamatkannya, namun gagal.

Operasi SAR di sungai yang sedalam 1.5 meter dengan dasar pasir jerlus bermula sejak petang Selasa, melibatkan anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close