Berita UtamaUtama

Konspirasi inkues semakin jelas

UMMAH percaya wujud gangguan dalam prosising inkues Adib

BANGI, 9 Syawal 1440H, Khamis – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) berpendapat memang wujud gangguan pihak tertentu dalam prosiding inkues kematian anggota bomba dan penyelamat, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Pengerusi UMMAH, Haji Aminuddin Yahaya berkata, kenyataan bekas peguam yang menarik diri daripada mewakili pihak kerajaan dan keluarga Allahyarham Adib, Syazlin Mansor semalam, jelas terbukti tiada konflik kepentingan yang timbul terhadap pelantikannya.

Malah, katanya, Peguam Negara, Tommy Thomas yang sedia maklum mengenai pelantikan Syazlin, tidak pernah membantah.

“Bantahan hanya dibuat apabila Syazlin mula membuktikan kelemahan hujah-hujah yang diberikan oleh pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Kita menyokong teguh Syazlin dan berterima kasih di atas kenyataan media yang diadakan semalam bagi menjelaskan kedudukan penarikan diri beliau.

“Kita amat berharap agar beliau dapat meneruskan semula sebagai peguam yang mewakili pihak keluarga Adib dan bomba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Syazlin menyangkal dakwaan Tommy bahawa pelantikannya sebagai peguam mewakili tiga pihak berkepentingan iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan keluarga Allahyarham Adib, mempunyai konflik kepentingan.

Syazlin berkata, tidak pernah timbul isu untuk keluarga Allahyarham Adib menyaman KPKT dan JBPM.

Justeru, Haji Aminuddin berkata, UMMAH sekali lagi menggesa agar Tommy meletak jawatan sebagai peguam negara, susulan terdapat sesuatu yang tidak kena dalam inkues itu yang dilakukan beliau.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close