Berita UtamaUtama

BSN perjelas caj akaun BSH

RM10 baki minimum, manakala RM12 caj bagi kad debit

KUALA LUMPUR, 9 Syawal 1440H, Khamis – Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini menjelaskan kekeliruan berhubung caj RM10 dan RM12 ke atas setiap penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa 2 baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, BSN berkata, RM10 adalah baki minimum yang perlu ada di dalam akaun simpanan untuk akaun kekal aktif, jumlah terendah dalam kalangan bank-bank, manakala RM12 hanya akan dicaj sekiranya pelanggan memerlukan Kad Debit BSN.

“Kad tersebut akan memudahkan pelanggan melakukan transaksi pengeluaran pada masa akan datang. Pilihan untuk Kad Debit BSN terletak sepenuhnya di tangan setiap pelanggan,” katanya.

BSN juga sedia maklum bahawa terdapat kesesakan yang amat ketara di cawangan-cawangannya ketika penerima BSH hadir untuk membuat pengeluaran berikutan musim perayaan dan cuti umum bersempena sambutan Aidilfitri.

Bagi menangani jangkaan itu, BSN berkata, ia telah memudahkan proses terbabit termasuk membuka kaunter dan menempatkan kakitangan tambahan bagi memudahkan semua pihak yang membuat urusan sepanjang pembayaran BSH.

“Kami memohon maaf sekiranya terdapat keadaan yang amat sesak di cawangan kami dan akan terus berusaha untuk memudahkan urusan setiap pelanggan termasuk memastikan segala urusan pelanggan diselesaikan pada hari yang sama,” katanya.

Bernama melaporkan penerima BSH boleh mengunjungi cawangan BSN berhampiran di seluruh negara atau menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900 untuk keterangan lanjut.

Empat hari lalu, Ismaweb.net menyiarkan komen bekas wartawan, Kartini Mohd Noor mengenai kesesakan yang dialami ketika berurusan di sebuah cawangan BSN di Rawang, untuk membuka akaun bagi membolehkan BSH dikreditkan.

Bila tikus mondok baiki labu: Kisah buka akaun BSH di BSN

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close