Berita UtamaUtama

Video lucah: Setiausaha politik Azmin Ali buat laporan polis

Timbalan Ketua Pemuda PKR fail aduan qazaf di Jawi untuk siasatan

PUTRAJAYA, 9 Syawal 1440H, Khamis – Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Muhamad Hilman Idham hari ini membuat laporan polis berhubung kes video yang didakwa mengaitkan Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini.

Ketika mengesahkan menerima laporan daripada pegawai menteri berkenaan Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hasan juga berkata, IPD Putrajaya membantu merakamkan percakapan.

Rosly berkata, laporan itu serta kenyataan yang dirakamkan diserahkan kepada pegawai penyiasat dari Bukit Aman yang turut hadir hari ini.

Muhammad Hilman kemudiannya membuat aduan qazaf bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat terhadap penyebaran video itu.

Muhammad Hilman yang juga Timbalan Ketua Pemuda PKR memfailkan aduan itu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini.

Qazaf adalah satu kesalahan jenayah syariah yang merujuk kepada tindakan menuduh seseorang melakukan zina tanpa mengemukakan empat orang saksi. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close