Berita UtamaUtama

Wanita pecah amanah RM17,930

Suspek bayar RM15,000 wang pendahuluan untuk pinjam 'ah long'

SEREMBAN, 8 Syawal 1440H, Rabu  -Polis menahan seorang wanita berusia 26 tahun, dipercayai suspek kes pecah amanah di sebuah syarikat membabitkan RM17,930, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Supt Aibee Ab Ghani dalam kenyataan di sini, hari ini, berkata, wanita berkenaan ditahan di kediamannya di Lukut, Port Dickson dan telah direman selama empat hari bermula hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati wanita berkenaan gagal memasukkan wang syarikat bermula 4 hingga 7 Jun lepas, dan melakukan pecah amanah ekoran terbabit dengan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau ‘ah long’.

“Semasa meminjam, ah long telah minta suspek membayar RM15,000 dan kemudian barulah dia dapat meminjam wang RM30,000,” katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah amanah yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan maksimum 14 tahun, serta sebatan dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close