Berita UtamaUtama

Pencerobohan data, satu pertiga rakyat kita tamatkan urusan

Rakyat bimbang penipuan kad bank, akses maklumat diri, godam internet

KUALA LUMPUR, 8 Syawal 1440H, Rabu – Tiga puluh dua peratus daripada rakyat Malaysia menamatkan urusan dengan organisasi, termasuk menutup akaun mereka berikutan berlakunya pencerobohan data, menurut Unisys Security Index(TM) 2019.

Berdasarkan indeks tersebut, antara tindakan yang dibuat termasuklah mengambil tindakan perundangan melibatkan (30 peratus), memaparkan isu tersebut kepada orang awam di laman sosial (25 peratus) dan mendedahkan kepada orang ramai menerusi media (18 peratus).

Kira-kira 14 peratus daripada rakyat Malaysia dilaporkan terus berurusan dengan organisasi, namun bukan secara dalam talian.

Selain itu, pada penganjuran acara yang besar, rakyat Malaysia lebih bimbang ke atas kes kecurian data kad kredit (82 peratus) atau data peribadi (79 peratus) daripada peranti mudah alih apabila menggunakan wi-fi di tempat awam, berbanding serangan jenayah dan mengancam peserta acara (75 peratus).

Berdasarkan indeks itu, hampir separuh daripada rakyat Malaysia berkata, mereka berdepan masalah pencerobohan data tahun lepas dengan kebanyakannya melibatkan penipuan kejuruteraan sosial iaitu 19 peratus mangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Datuk Ts Dr Amirudin Abdul Wahab berkata: “Memandangkan rakyat Malaysia semakin peka terhadap kes ancaman data, penyerang perlu menggunakan pendekatan yang sofistikated, kerap menggunakan teknik kejuruteraan sosial untuk mendapatkan keyakinan mangsa dan memperdaya mereka sehingga sanggup berkongsi maklumat atau melakukan transaksi palsu.

Tiga kebimbangan utama rakyat Malaysia yang terus dikaitkan dengan keselamatan data ialah kebimbangan terhadap penipuan kad bank (88 peratus); 87 peratus lagi terhadap akses tanpa kebenaran terhadap maklumat peribadi, dan 78 peratus lagi melibatkan penggodaman internet atau virus.

Unisys ialah syarikat teknologi maklumat yang membina prestasi tinggi, penyelesaian keselamatan berpusat bagi perniagaan dan kerajaan yang memerlukan teknologi berkenaan. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close