Berita UtamaPendapatUtama

Fitnah aktivis LGBT perlu disiasat

Islam terus terima kecaman, menteri masih membisu, sibuk main politik

NU’MAN  Afifi yang mengaku secara terbuka bahawa beliau adalah seorang gay dan juga aktivis LGBT, sekali lagi mencetuskan huru-hara apabila memuatnaik gambar tidak lengkap berkenaan penulis dan panel garis panduan identiti gender, untuk klinik-klinik kesihatan seluruh Malaysia. Seolah-olah barisan panel hanya dalam kalangan pegawai agama daripada Jakim dan Jawi, walhal senarai penuh panel terdiri daripada pakar dalam pelbagai bidang termasuk syariat Islam.

Ini adalah tindakan yang memalukan dan tidak selayaknya beliau digelar pejuang atau aktivis kepada golongan LGBT ini. Perkara ini juga jelas menunjukkan kebencian Nu’man terhadap institusi Islam, dan niat jahat beliau untuk memburuk-burukkan institusi yang sudah sekian lama menjaga hal ehwal umat Islam di Malaysia.

Nu’man Afifi sebelum ini juga melemparkan fitnah kepada Institusi Islam di persidangan antarabangsa di Geneva, dengan mengatakan program-program pemulihan LGBT yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam adalah satu bentuk ‘state sponsored violence’, dan menggesa komuniti antarabangsa mengambil tindakan terhadap kerajaan Malaysia. Sebenarnya, program-program yang dianjurkan bersifat sukarela dan tiada rawatan yang bersifat paksaan dikenakan kepada peserta.

Perkara ini adalah fitnah yang jelas terhadap institusi agama di Malaysia. Lebih mendukacitakan apabila Menteri Luar, Saifuddin Abdullah seakan-akan menyokong pula tindakan ini, apabila membantah penahanan Nu’man oleh pihak polis untuk membantu siasatan. Menteri Agama, Mujahid Rawa pula diam seribu bahasa, walaupun agensi atau jabatan di bawah seliaan beliau difitnah dan diserang sebegitu rupa.

Situasi inilah sebenarnya yang menunjukkan Islam seperti dibuli di era Malaysia Baru ini. Menteri-menteri diam seribu bahasa dan terlalu sibuk bermain politik. Akhirnya, umat Islam dan institusi Islam menerima padah dan terus diserang tanpa pembelaan.

Azizah Che Awang
Ketua Wanita Berjasa

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close