Berita UtamaDuniaUtama

7 maut, 57 selamat bot karam

Greece menjadi destinasi utama pencari suaka

PULAU LESBOS, 8 Syawal 1440H, Rabu – Sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk dua kanak-kanak meninggal dunia selepas bot pengangkut karam dari Pulau Lesbos di Greece, lapor Anadolu Agency.

Menurut agensi berita kebangsaan Greek AMNA, bot yang berlepas dari pantai Turki karam sejauh 4.0 mil (4 kilometer) dari pulau itu.

Pasukan penyelamat menemui mayat dua kanak-kanak, empat wanita, dan seorang lelaki – semuanya berasal dari Afrika, kata laporan itu, dengan 57 yang lain diselamatkan dari bot berkenaan.

Wakil Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) di Greece, Philippe Leclerc berkata, tragedi baru-baru ini adalah peringatan menyakitkan yang menunjukkan bahawa orang terus menerus melakukan perjalanan yang berbahaya untuk tiba di kepulauan Greece Aegean.

Menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kira-kira 10,700 pelarian dan pendatang telah sampai di Greece tahun ini melalui laut, dengan 39 orang terbunuh ketika dalam perjalanan.

Greece kekal menjadi destinasi utama pencari suaka yang melarikan diri daripada konflik dahsyat di Timur Tengah serta Afrika Utara dan Afrika Tengah. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close