Berita UtamaUtama

Ringgit ditutup lebih tinggi

Mata wang tempatan ditutup pada 4.1610/1650 berbanding dolar

KUALA LUMPUR, 7 Syawal 1440H, Selasa – Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar US hari ini berikutan sentimen yang lebih positif, seiring dengan mata wang Asia yang sedang pesat membangun, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu ditutup pada 4.1610/1650 berbanding dolar US daripada 4.1620/1650 yang direkodkan semalam.

Kebanyakan mata wang Asia baru muncul meningkat berikutan sentimen yang bertambah baik dalam jangkaan Rizab Persekutuan akan mengurangkan kadar faedah.

Pada penutup, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0484/0522 daripada 3.0451/0477 semasa ditutup semalam, ia juga jatuh berbanding euro kepada 4.7086/7148 berbanding 4.7047/7098 sebelum ini dan lebih rendah berbanding pound pada 5.2874/2941 daripada 5.2812/2866.

Mata wang tempatan itu, bagaimanapun, diniagakan lebih tinggi berbanding yen pada 3.8283/8324 daripada 3.8331/8366.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close