PendapatUtama

Kerajaan PH tidak serius tangani isu pengangguran

DATA terbaru daripada Jabatan Statistik Negara sekali lagi menunjukkan peningkatan peratus kadar pengangguran di Malaysia daripada 3.3 peratus pada Februari 2019 kepada 3.4 peratus pada bulan March 2019. Menjadikan jumlah pengangguran dalam pasaran buruh sebanyak 521,300 orang, meningkat sebanyak 1 peratus berbanding bulan lepas.

Jumlah pengangguran telah meningkat sebanyak 2.5 peratus dalam masa setahun antara bulan Mac 2018 dan bulan Mac 2019. Menjadikan angka peningkatan sebanyak 12,600 dalam tempoh setahun. Manakala trend peningkatan kadar pengangguran ini telah bermula sejak Disember 2018.

Peningkatan jumlah pengangguran ini perlu ditangani segera oleh Kerajaan PH sebelum keadaan bertambah parah. Kadar pengangguran yang terlalu tinggi menyumbang kepada masalah kegawatan ekonomi, masalah sosial yang kronik dan masalah besar yang lain.

Tindakan kerajaan PH menghentikan program Skim Latihan 1 Malaysia, pemberhentian projek-projek besar seperti MRT3 dan penjualan aset-aset kerajaan yang lain sedikit sebayak menyumbang kepada masalah peningkatan pengangguran ini.

Di samping keghairahan Menteri Kewangan mengumumkan hutang negara sebayak 1 trilion juga telah menakut-nakutkan para pelabur sekaligus menutup peluang pekerjaan hasil daripada pelaburan asing. 

Pemberhentian elaun sara hidup kepada nelayan dan petani juga telah menyebabkan sektor pekerjaan ini tidak lagi menjadi pilihan generasi muda memandangkan tiada jaminan pendapatan yang stabil ketika musim tengkujuh atau bencana besar. Kesemua tindakan ini telah menyebabkan rakyat biasa dan berpendapatan rendah terus dirundum malang.

Kerajaan PH perlu segera berhenti bermain politik dan mula berkhidmat untuk rakyat. Bertambah malang apabila rakyat terus dihimpit kesusahan, kerajaan negeri Perak tiba-tiba mengumumkan pembelian kereta eksekutif baharu. 

Muhammad Thalhah Bin Kamarol Zaman

AJKP Berjasa

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close