Berita UtamaIstimewa

Tiada lagi kompromi! Hapuskan vernakular, UEC

Henti ambil calon UEC masuk ke dalam sektor awam, IPTA: PEMBELA

BANGI, 4 Muharram 1442H, Ahad – Tidak mahu lagi berkompromi demikian kata dua diberikan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) kepada kerajaan Malaysia supaya segera menghapuskan sekolah vernakular dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Naib Pengerusi PEMBELA, Izzat Johari mendesak parti-parti politik yang berada dalam kerajaan hari ini supaya segera bertindak, sekiranya mahu terus kekal sebagai pemerintah.

Beliau juga mendesak kerajaan menukar semua sekolah vernakular kepada sistem pendidikan satu aliran melalui sekolah kebangsaan.

“Hentikan segala bantuan kewangan tahunan kepada sekolah ini. Hentikan semua pembinaan sekolah vernakular.

“Wujudkan mata pelajaran bahasa Mandarin, Tamil dan lain-lain supaya murid diberi pilihan belajar bahasa lain selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Izzat turut mendesak kerajaan menghentikan pengambilan calon UEC ke dalam sektor awam.

“Calon UEC dilarang bekerja dalam mana-mana sektor pekerjaan yang melibat orang awam.

“Syarikat atau badan kerajaan dilarang meletakkan syarat kelulusan UEC sebagai salah satu syarat kelayakan dalam Malaysia. IPTA juga dilarang menerima mana-mana lulusan UEC dalam syarat pengambilan,” katanya.

Beliau berkata, inilah masa untuk umat Islam di negara ini membuktikan kuasa rakyat yang sebenar.

“Inilah masa kita bulatkan suara kita kepada mereka yang lupa diri malah mengherdik kita semula selepas dapat kuasa,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button