Berita UtamaIstimewaUtama

Video ‘muslim’ sembah tokong: Adakah ia menghina atau tidak?

Penularan klip video dikatakan berniat jahat, cetus kemudaratan

Oleh wartawan Ismaweb.net

BANGI, 4 Syawal 1440H, Sabtu – Satu klip video yang dimuat naik dalam dua laman Facebook milik dua komuniti di Perak sejak semalam, tular sehingga mencetuskan perbalahan di kalangan netizen, sama ada menghina Islam dan Melayu atau tidak.

Klip video 15 saat itu menunjukkan seorang lelaki Cina berpakaian kain pelekat, berkopiah putih dan berbaju-T putih – pakaian yang sering dipakai umat Islam – mengambil colok dan menyembah tokong.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Taman Piandang Indah, Tanjung Piandang, Perak. Ia tular dalam media sosial, hingga ada laporan menyatakan penularan video berkenaan sudah diadukan kepada pihak polis.

Aduan polis itu dikatakan dibuat di Balai Polis Tanjung Piandang, Kerian, Perak kira-kira jam 2.20 petang semalam, dan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan

Aduan juga dikatakan dibuat dengan memberi alasan bahawa ia boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni dan perpaduan.

Ia juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan rangkaian media sosial secara tidak wajar.

Menurut fakta kes, satu klip video tular dimuat naik Facebook ‘i am Parit Buntar’ dan ‘Bagai Serai Kampung Halamanku’ yang menunjukkan seorang lelaki Cina bersembahyang (ritual menyembah tokong) dengan berpakaian seakan-akan pakaian muslim.

Pemujaan terhadap "Datuk Kong" dipercayai bermula sejak abad ke-19 ketika rakyat China berhijrah ke Asia Tenggara.Video khabarnya di Tanjung Piandang ini menunjukkan seorang sedang membuat ritual penyembahan."Datuk Kong" biasanya dianggap sebagai dewa Melayu kerana nama, rupa dan pakaiannya yang kemelayuan.

Posted by I Am Parit Buntar on Rabu, 5 Jun 2019

Namun, dalam memberi komen terhadap perbuatan lelaki Cina yang juga dikatakan seorang nelayan di kawasan itu, ramai netizen menyifatkan perbuatan itu tidak salah, malah sesetengahnya menyifatkan ia adalah Datuk Gong iaitu dewa Melayu yang disembah bukan Islam di alam Nusantara.

Tokong juga ada yang memakai tengkolok dan memegang keris.

Berikut adalah beberapa komen netizen mengenai kilp video berkenaan.

Muhd Shah Jgn salah faham. Sembahan kepada Dewa Datuk Hijau / Datuk Gong nie berteraskan Melayu..siap keris , baca kitab dan lain2 Budaya Melayu.. Sbb itulah pemuda cina ini berpakaian Melayu.. Dia ucap selamat hari raya pada sembahan dia.. Bukan rasis tp kepercayaan mereka.

Shukry Samad Yg x tahu pasti melenting terus kecam yg pasti kearah perkauman rasist serta penghinaan ugama komen semua cenderung kepada keganasan tiada satu komen yg kearah kedamaian seperti yg dituntut ugama.. pakaian ini common tiada terikat khusus mana2 ugama pun..

ShajahanShah Tambi Akbar Shah Benda ni dah lama.. mmg mcm tu..
Kenapa skarang baru soal ? Ni muslim dok amal merenjis tu budaya hindu.. bila nak stop?

Roslee Ler Orang melayu punya peel bila tengok org pakai kopiah putih kain pelikat lepas tu sembah tokong kata menghina islam..itu ritual dewa tok depa lantak pi kt depa la nk buat apa pun

Shazwan Proton Produa merantau lah bro tgok tempat orng…. bersepah lg tokong dato gong dato keramat ni…. blah2 klang, kuala selangor tg piandang mmg hakikat bnyk lg semua ni…. aku bnyk kli jumpa sebb tu aku cari bhan ilmiah baca fhm….

MHafiz Jmj Shazwan Proton Produa bro boleh terangkan kenapa dalam video tu ada cina kafirun sebut “ini hari hari raya”?. Bukankah itu telah menghina penganut agama islam? Xtau pulak la aku kalau perayaan lain pon ko panggil selamat hari raya. Contoh selamat hari raya cina, selamat hari raya krismas, selamat hari raya buddha, selamat hari raya thaipusam dll. Apa2 pon terima kasih sebab link kan video tu.bertambah juga pengetahuan aku.memang dasar cina ni pi mana pon depa sembah.dewa melayu jadi kena bagi bahan sembahan makanan halal.tapi aku xsalahkan puak kafirun ni la.sebab dah nyata depa tu dah sesat.yg aku jadi pelik ada juga orang melayu islam yg pertahankan video kat atas tu.

Hairul Junizar Abdul Hamid Ini bukan sindir…ini datuk muzafar dewa melayu kepada bangs cina .mereka mempercayai datok ni menjaga kawasan itu..

Mohd Isa Abdullah Cina ni patut ditangkap kerana boleh mengelirukan org Islam. Dia mempermainkan ugama kita (Islam)

Nur Saufi Ni lah dewa melayu.. banyak dah dan dewa tokong melayu ni dah lama. ada jenis2nya. Kena lah tanya2 kalau tak tahu.. tokong melayu ni di sembah sembab sebahagian bangsa cina hormat kepada tuan tanah .. ni dah di waris dari dulu lagi.. cuma bangsa cina muda2 skrg tak reti dan dok anggap tanah ni nenek moyang depa punya sedangkan nenek moyang depa tahu yg diorg ni dulu menumpang di tanah melayu..

Josh Kenny Inilah dia salah satu contoh…Yg share personal video tu Cina tujuan dia (mgkin utk bgtau adat dan kepercayaan mereka )..tapii Yg viralkan orang MELAYU ISLAM dan berlaga juga ORANG MELAYU ISLAM..yang disalahKan ORANG CINA…come on lah..aq pn mualaf siang cina mmg benda ni ada dah… Mmg adat nk sembah dewa gong ni mmg mcm tu nk bt guana dh cra dia gitu… Yg kita ni dh ISLAM tk yah lah hiraukan …nak cakap itu pakaian MELAYU ISLAM..tang mana pula nak claim tu pakaian melayu ??? Pelikat pun org india pakai…bju putih tu blh beli kt mana2 negara..kopiah tu ada dmna2..jd???? Lol banggang

Dewa Cina yang memakai kopiah putih dan memegang keris.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close