Asean/Asia-PasifikBerita UtamaDuniaUtama

Pemuda, pemudi Patani semarak Aidilfitri dengan busana Melayu

Anak muda berkumpul di pekarangan Masjid Krisek semalam, hari ini

PATANI (SELATAN THAILAND), 4 Ramadan 1440H, Sabtu – Lebaran 1440/2019 kali ini meriah bagi pemuda pemudi muslim di Patani, apabila serentak mengenakan busana Melayu dan berkumpul di pekarangan Masjid Krisek di sini, semalam, dan hari ini.

Aksi serentak mengenakan busana Melayu ini diadakan di halaman masjid tertua ‘Masjid Sulthan Muzaffar Syah’ atau dikenal Masjid Krisek di wilayah ini.

Ratusan pemuda dan pemudi yang mengenakan pakaian budaya Melayu berwarna-warni, datang dari berbagai desa dan daerah, dan berkumpul di depan Masjid Krisek diselang-seli dengan acara beberapa acara, termasuk penyampaian khazanah sejarah Kerajaan Patani yang diketuai Pengerusi Kumpulan Bunga Raya Untuk Pendidikan Pattani, Hassan Mohd Toha.

Acara itu dilanjutkan pada sesi kedua apabila pemuda pemudi terbabit turut berkumpul hari ini, dengan konsep sama iaitu mengenakan pakaian budaya Melayu bagi wanita.

Ratusan muda mudi Patani di Selatan Thailand berkumpul di Masjid Krisek dengan mengenakan busana Melayu ketika menyambut Aidilfitri 1440H, semalam dan hari ini.

Sejak 2014 yang lalu acara seperti itu sudah mula digalakkan di kalangan masyarakat Melayu di Patani, khususnya pada hari kebesaran.

Kekangan daripada kerajaan Thailand sebelum ini, menyebabkan penduduk wilayah berkenaan tidak berani mengenakan pakaian bercirikan budaya Melayu.

‘Patani’ meliputi wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan sebahagian daerah wilayah Songkhla, di selatan Thailand, dengan adat istiadat budaya Melayu yang telah lama hadir secara turun temurun.

Masyarakat Melayu muslim sejak zaman kerajaan Patani Darussalam, memiliki pelbagai cara dalam menyemarakkan hari kebesaran, khususnya pada sambutan Aidilfitri dan Aidiladha.

Saat ini, aspirasi masyarakat Patani sudah tidak lagi bertahan dalam suasana konflik yang sudah berpanjangan. Namun, jauh sebelumnya perjuangan masyarakat Patani telah dimulakan seorang tokoh dengan cara damai, seperti Tuan Guru Haji Sulong Abdul Qadir.

Masyarakat Patani telah melahirkan kesedaran (spirit nation and state) dan mereka ingin menentukan nasib sendiri, tidak lagi bergantung harap dan cita-cita kepada pemerintah, terutama dalam proses penyelesaian konflik Selatan Thailand.

Semangat tradisi Lebaran di Patani kali ini meninggalkan kesan mendalam bagi kebanyakan orang, khususnya pemuda pemudi di wilayah selatan negara ini.

Selain mengukuhkan silaturrahim, tradisi itu masih dilestari hingga sekarang sebelum larut dalam semarak lebaran, dengan pemuda pemudinya tegak menjaga adat istiadat, berpakaian jati diri bangsa dan bersatu dalam satu barisan.

Berikut adalah beberapa keping gambar pemuda dan pemudi di Patani yang menyambut Aidilfitri 1440H dengan kekal mempertahankan busana Melayu turun temurun. – Wartani

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close