Berita UtamaUtama

VIDEO | Dua individu belasah suami isteri didakwa hari ini

Rakaman CCTV menunjukkan lelaki, wanita dipukul tanpa belas kasihan oleh beberapa individu dipercayai pendatang tanpa izin Pakistan

KOTA KINABALU, 3 Ramadan 1440H, Jumaat – Polis menahan dua lelaki yang juga suspek utama dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah premis kedai di Api-Api Centre, yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, suspek berusia 67 dan 37 tahun itu ditahan pada Selasa lalu iaitu dua hari selepas kejadian pergaduhan berkenaan.

“Dua suspek berkenaan akan dituduh di mahkamah esok dan polis masih memburu beberapa individu yang turut terbabit dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dalam satu rakaman CCTV yang tular di media sosial semalam menunjukkan sepasang suami isteri telah dipukul oleh beberapa lelaki di hadapan sebuah kedai di Api-Api Centre.

George berkata, kes berkenaan berlaku kira-kira jam 1 pagi, 2 Jun kaku dan siasatan mendapati mangsa adalah warganegara Pakistan dan telah dipukul oleh sekumpulan individu disebabkan isu pembayaran sewa apartmen.

“Sebelum kejadian itu mangsa yang juga penyewa apartmen berkenaan telah didatangi oleh seorang wanita dan lelaki yang juga pemilik rumah berkenaan.

“Namun hasil perbincangan mangsa dan pemilik rumah berkenaan tidak berjalan lancar dan terjadi pergaduhan mulut, sebelum berlaku pergaduhan yang turut membabitkan bapa dan abang pemilik rumah berkenaan,” katanya.


Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, lapor Bernama.

Sementara itu, tular di media sosial seorang pengguna Facebook menggunakan nama Dahlia Benedick yang mendakwa keluarga mangsa dipukul itu cuba berulang kali meminta dengan cara baik dan ingin menyelesaikan hutang rumah daripada lelaki Pakistan terbabit.

“Video tersebut hanya menunjukkan satu sisi kamera hasil daripada rakaman kedai mereka tetapi tidak menunjukkan pergaduhan yang dimulakan oleh mereka yang ada kami rakamkan.

“Tidak cukup menyerang kami, mereka juga berulang kali memprovok kami di balai, diluar balai dan di luar rumah kami sendiri dengan membawa lebih 10 orang rakyat berbangsa Pakistan & menghempas kamera, merosakkan harta benda kami dengan hanya disaksikan dalam kehadiran PDRM,” tulisnya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close