AfrikaBerita UtamaDuniaUtama

Kesatuan Afrika gantung Sudan

Pemimpin prodemokrasi janji teruskan bantahan, lumpuhkan kehidupan

ADIS ABABA, 3 Ramadan 1440H, Jumaat – Kesatuan Afrika (AU) menggantung keahlian Sudan beberapa hari selepas tentera melancarkan serbuan ganas mematahkan penunjuk perasaan, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 108 orang awam, dan lebih 500 lagi cedera.

Majlis Keselamatan dan Perdamaian AU dalam laman Twitternya berkata, penyertaan Sudan dalam semua aktiviti AU digantung serta-merta sehingga negara itu kembali diperintah kerajaan awam – satu-satunya cara yang dikenakan boleh menghentikan krisis di negara itu.

Pengumuman itu dibuat selepas sidang tergempar AU di sini, selepas keganasan tercetus tatkala tentera menggempur kem induk penunjuk perasaan di Khartoum pada Isnin lalu.

Sekurang-kurangnya 108 penunjuk perasaan terbunuh, manakala lebih 500 lagi cedera ditembak dan dipukul pasukan separa tentera – Unit Tindakan Ringan (RSF) di bawah Majlis Peralihan Tentera (TMC) – kata Jawatankuasa Pusat Doktor Sudan (CCSD).

Pemimpin prodemokrasi Sudan berjanji meneruskan kempen penentangan awam sehingga TMC yang mentadbir negara itu sejak Presiden Omar al-Bashir digulingkan April lalu, disingkirkan, manakala pembunuh penunjuk perasaan dihadapkan ke muka pengadilan.

Persatuan Profesional Sudan (SPA) pula mengajak rakyat terus mengadakan bantahan dan menyekat jalan serta jambatan bagi melumpuhkan kehidupan, sebagai langkah balas terhadap tindakan tentera.

Berhubung pembunuhan itu, Pengerusi Suruhanjaya AU, Moussa Faki Mahamat menggesa siasatan telus dan bebas dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

Sementara itu, Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed dijangka melawat Khartoum hari ini, sebagai perantara TMC dan kumpulan prodemokrasi. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close