Berita UtamaDuniaEropahUtama

Jururawat bunuh 85 pesakit dihukum penjara seumur hidup

Niels Hoegel suntik ubat yang tidak sepatutnya kepada pesakit

BERLIN, 3 Ramadan 1440H, Jumaat – Seorang jururawat Jerman, Niels Hoegel, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah selepas didapati bersalah melakukan pembunuhan terhadap 85 pesakit dibawah jagaannya.

Hakim Wilayah Oldenburg, Sebastian Buehrmann menyifatkan perbuatan jururawat itu sebagai ‘tidak terduga’ dan mengakui perbicaraan kes berkenaan meninggalkan kesan sedih, dan persoalan kepada keluarga mangsa.

Hoegel, 42 tahun, memilih mangsa secara rambang, menggunakan suntikan antara tahun 2000 hingga 2005, ketika jururawat lain mengesannya sedang menyuntik ubat yang tiada kaitan dengan mangsanya.

Mangsa pembunuhan itu berumur antara 34 dan 96 tahun. Dia bagaimanapun, dibebaskan daripada 15 lagi tuduhan kerana kekurangan bukti.

Lelaki itu sudah menjalani hukuman penjara sejak sedekad lalu selepas didapati bersalah terhadap enam lagi tuduhan membunuh.

Penggalian semula kubur dan bedah siasat terhadap lebih 130 mayat dilakukan bagi membolehkan pihak pendakwaan membina kes terhadapnya.

Polis mengesyaki jumlah mangsa Hoegel mencecah 200 pesakit. Bagaimanapun, mahkamah tidak dapat memastikan kebenarannya kerana masalah ingatan jururawat itu.

Hakim berkata, jumlah mangsa yang maut ditangan Hoegel melebihi imaginasi manusia.

“Kesalahan yang anda lakukan tidak terduga,” kata Buehrmann. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close