Berita UtamaUtama

Lebih 4 kamera AWAS berfungsi

169,051 saman telah dikeluarkan sejak sistem AWAS diambil alih JPJ

KUALA LUMPUR, 2 Syawal 1440H, Khamis – Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyangkal laporan sebuah portal berita yang mendakwa hanya empat kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) berfungsi.

JPJ dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, kesemua 41 buah kamera AWAS masih dalam keadaan baik dan sedang beroperasi.

“Pengoperasian beberapa kamera AWAS ditangguhkan sementara waktu kerana telah terlibat dengan kemalangan dan melibatkan kerja-kerja pendawaian serta pemasangan semula,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, setakat Mei 2019, sebanyak 169,051 saman telah dikeluarkan sejak sistem AWAS diambil alih oleh pihak JPJ.

Selain itu, JPJ menyangkal dakwaan kononnya JPJ tiada kepakaran untuk menjalankan pengoperasian kamera AWAS.

Portal berita itu melaporkan hanya empat kamera AWAS yang masih beroperasi daripada keseluruhan 45 unit yang ada di seluruh negara selepas JPJ mengambil alih operasinya sejak September tahun lepas. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close