Berita UtamaIstimewaUtama

Kerajaan khianat, langgar janji tiada lantikan politik: Aktivis CLJ

Pelantikan Latheefa Koya sebagai KP SPRM baharu keputusan biadab

BANGI, 1 Syawal 1440H, Rabu – Pengamal undang-undang yang juga aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Aidil Khalid menyifatkan, pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai biadab berikutan beliau sebelum ini pemimpin PKR.

Semalam Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, pelantikan Latheefa Koya adalah selaras dengan Subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 dengan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, pelantikan ini adalah antara langkah pembaharuan penting ke arah proses reformasi institusi kerajaan.

“Selaras dengan Subseksyen 5(3) Akta SPRM (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong turut memperkenankan permohonan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM lebih awal daripada sepatutnya pada 17 Mei 2020,” katanya.

Latheefa Koya sebelum ini adalah Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR. Dilahirkan di Kerala, India, beliau adalah peguam dan aktivis hak kemanusian yang aktif melalui Lawyers for Liberty.

Beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai ahli biasa PKR, berkuat kuasa kelmarin, selepas dimaklumkan mengenai keputusan pelantikan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

Menempelak pelantikan aktivis liberal itu, Aidil berkata, pemilihan Latheefa menunjukkan kerajaan hari ini tidak lagi berselindung dalam membuat lantikan politik, sehingga secara terang-terangan melantik ‘politikus’ mengepalai SPRM.

“Ini adalah pengkhianatan kepada rakyat dan negara,” katanya dipercayai merujuk kepada kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji dalam manifesto bahawa tiada lantikan politik dalam jawatan perkhidmatan awam.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close