AfrikaBerita UtamaDuniaIstimewaUtama

VIDEO | 13 maut tentera Sudan tembak penunjuk perasaan

Tentera nafi guna kekerasan tapi video menunjukkan sebaliknya

KHARTOUM, 30 Ramadan 1440H, Selasa – Sehari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri, sekurang-kurangnya 13 terbunuh apabila tentera Sudan mula menggempur dengan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan aman, di luar ibu pejabat angkatan tentera negara itu, hari ini.

Askar bersenjata lengkap menaiki trak ‘pick-up’ dengan mesingan dihantar di sekitar ibu negara, sementara bunyi tembakan kedengaran di kawasan tunjuk perasaan.

Jawatankuasa Pusat Doktor Sudan (CCSD) yang memihak kepada penunjuk perasaan memuat naik jumlah kematian terbaharu dalam laman Facebook mereka kepada 13 orang.

Laporan juga menyebut jumlah mereka yang berada dalam keadaan kritikal juga meningkat.

“Tentera menggunakan peluru hidup di dalam Hospital East Nile menyasarkan ramai penunjuk perasaan yang sedang dirawat,” kata CCSD.


Majlis tentera yang memerintah menafikan laporan bahawa mereka menggunakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan aman di hadapan ibu pejabat tentera, dan di ibu negara Sudan itu, tetapi klip video yang tular menunjukkan keadaan sebaliknya.

Pertubuhan Profesional Sudan (SPA), yang mengetuai tunjuk perasaan di seluruh negara bermula Disember lalu, menganggarkan jumlah mereka yang terbunuh dan cedera meningkat.

SPA dalam satu kenyataan mengajak rakyat Sudan mengambil bahagian tunjuk perasaan bahagian menggulingkan majlis tentera.


Wartawan tempatan, Mohammed Alamin memberitahu, bunyi tembakan kedengaran di sekitar bandar dan kawasan penunjuk perasaan berkumpul.

“Pasukan tindakan pantas (RSF) pada mulanya menggunakan gas pemedih mata, serta bom bunyi untuk menyuraikan penunjuk perasaan. Askar kemudian melepaskan tembakan peluru hidup ke arah penunjuk perasaan yang tidak lari.

“Askar kini mengawal sepenuhnya kawasan penunjuk perasaan dan membakar khemah menempatkan klinik sementara,” katanya.

Salah seorang pemimpin demonstrasi itu, Madani Abbas Madani turut cedera ketika askar mula bertindak. – Agensi

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close