AfrikaBerita UtamaDuniaIstimewaUtama

TERKINI | Tentera Sudan terus serang penunjuk perasaan

Saksi dakwa mayat penunjuk perasaan dibuang dalam Sungai Nil

KHARTOUM, 30 Ramadan 1440H, Selasa – Klip video yang disiarkan Middle East Eye (MEE) hari ini, menunjukkan mayat di jalan raya, tatkala penunjuk perasaan berlari sambil menjerit mengarahkan orang ramai menyelamatkan diri.

Dalam laporannya, MEE bagaimanapun menyatakan tidak dapat mengesahkan sama ada video kejadian itu berlaku di sini. Laporan sebelum ini menyebut, askar Sudah mula melepaskan tembakan dan memukul penunjuk perasaan.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) kecewa dengan laporan bahawa tentera menyerang kem penunjuk perasaan di ibu negara Sudan itu.

“Demonstrasi di Sudah sejak beberapa bulan lalu memberi inspirasi, dilakukan secara aman dan penunjuk perasaan bekerjasama dengan Majlis Pemerintah Tentera (TMC).

“UNHRC kecewa dengan tindakan tentera menggunakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan. Laporan mengatakan peluru hidup digunakan tentera, di luar atau di dalam pusat perubatan, sangat membimbangkan.

“UNHRC menggesa pasukan keselamatan menghentikan serta-merta serangan ke atas orang awam, bagi memastikan keamanan, dan membolehkan akses tanpa had untuk rawatan perubatan,” kata Michele Bachelet, dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menggesa majlis peralihan untuk mempercepatkan usaha melakukan pemindahan kuasa kepada orang awam, sejajar tuntutan penunjuk perasaan, selepas Presiden Omar Al-Bashir digulingkan.

“Penggunaan kekerasan yang berlebihan mesti disiasat secara bebas, dan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. Pelanggaran hak asasi manusia yang menandakan satu sejarah buat Sudan, tidak boleh diteruskan,” katanya.


Pada masa sama, Amnesty International menggesa Majlis Keselamatan PBB (UNSC) menggantung keahlian TMC.

Timbalan Pengarah Amnesty International (Afrika Timur), Sarah Jackson berkata, UNSC mesti mempertimbangkan sekatan yang disasarkan ke atas TMC dan pihak lain yang terbabit dalam dalam serangan itu.

Saksi serta kumpulan pembangkang menuduh unit separa tentera, Pasukan Tindakan Pantas (RSF), terbabit dalam serangan terhadap penunjuk perasan, yang setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang awam.

Ketua RSF, Mohamed Hamdan Dagolo, lebih dikenali sebagai Hemeti, ialah Naib Presiden TMC, dan dilihat sebagai dalang serangan terhadap penunjuk perasaan di Khartoum, Sudan, hari ini.

Ketua RSF, Mohamed Hamdan Dagolo, lebih dikenali sebagai Hemeti, ialah Naib Presiden TMC, dan dilihat sebagai dalang dan tokoh utama rancangan peralihan kuasa kepada orang awam.

Sejak beberapa hari lalu dia dilihat memainkan peranan dalam hubungan diplomatik, termasuk menganjurkan majlis berbuka puasa dengan wakil Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi, selain terbang ke Riyadh untuk bertemu Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Namun, dia tidak dipercayai di kalangan penunjuk perasaan, dengan penentangnya memasang poster menuduh Hemeti sebagai ‘Bashir baharu’.

Hemeti ialah bekas ketua separa tentera, Janjaweed di Darfur, yang menurut PBB terbabit dalam kempen kerajaan membunuh hampir 200,000 orang.


Sementara itu, satu laporan tidak rasmi mendakwa TMC membunuh empat lagi penunjuk perasaan, termasuk kanak-kanak berusia lapan tahun, manakala lebih 116 lagi cedera.

Namun, sumber lain mengatakan jumlah kematian mencecah 24 orang.

Jawatankuasa Pusat Doktor Sudan (CCSD) berkata, saksi kejadian mendakwa mayat penunjuk perasaan yang ditembak mati oleh TMC dibuang ke dalam Sungai Nil, berhampiran kawasan penunjuk perasaan mendirikan khemah. – Agensi

VIDEO | 13 maut tentera Sudan tembak penunjuk perasaan

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close